Pada tanggal 24 April 2012 wakil penulis kami telah menyertai sekumpulan pemilik motor berkuasa tinggi keluaran dari Naza bagi membuat lawatan ke kilang pemasangan jentera motosikal yang terletak di seksyen 15 shah alam. Tujuannya adalah untuk melihat sendiri pemasangan motosikal yang dinaik taraf dari versi sebelum ini iaitu jentera NAZA Blade 250r efi & 650r efi. Seramai 25 pemilik jentera dan bakal pemilik jentera tersebut terlibat pada lawatan kali ini.

Di kilang yang bersaiz 24 ribu kaki persegi tersebut, En. Tan selaku Pengurus Bahagian Pengeluaran menunjukkan serta menerangkan kepada kami bahawa jentera berkuasa tinggi ini telah dipasang 100% dengan pemasangan tangan (hand built), ini bertujuan untuk memastikan kerja-kerja yang dilakukan kemas dan berkualiti. Tidak seperti jentera-jentera lain yang berada didalam produksi.

En. Tan memberitahu kepada kami lagi bahawa, setiap pemasangan motosikal Blade 250r dan Blade 650r ini perlu melalui empat peringkat pemeriksaan dan jika ia gagal salah satu dari peringkat tersebut, pemeriksaan sekali lagi perlu dilakukan dan ia akan diperbaiki bagi menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Bagi menyahut kempen kerajaan untuk menjaga alam sekitar, keluaran kali ini iaitu versi 2012 ini pihak Naza telah meningkatkan lagi kualiti dengan menggunakan speksifikasi enjin Euro 4 iaitu kualiti atau penghasilan karbon dari ekzos adalah pada kadar minimum. Tidak banyak perubahan fizikal dilakukan pada versi 2012 ini selain dari dinaik taraf kualiti enjin dan pemilihan warna.

Namun apabila ditanya mengenai keluaran jentera blade naked (tiada firing @ kepok), pihak naza menyatakan bahawa blade versi naked ini akan dikeluarkan jika ada permintaan yang banyak. Hasil daripada lawatan ini, ia telah membuka mata pemilik atau bakal pemilik motosikal berkuasa tinggi ini untuk lebih mempercayai mutu dan kualiti motosikal tersbut. Jesteru itu, pihak Naza amat prihatin dengan setiap ulasan dan komen dari pengguna bagi membantu mereka menaik taraf jentera tersebut dari semasa ke semasa. Hasilnya, Electronic Control Unit (E.C.U)  dan Rectifier telah dinaik taraf dan menggunakan kualiti yang lebih baik dimana ECU yang sebelum ini menggunakan jenama Dewoo telah ditukarkan kepada jenama Delphi yang mana ia lebih banyak digunakan dan diakui mampu menjimatkan bahan bakar.

Buat masa ini harga yang di umumkan kepada kami dalam lawatan ini adalah seperti berikut:

Blade 250r efi – RM15,000.00 *OTR
Blade 650r efi – RM23,000.00 *OTR

Harga yang berbaloi dan mampu untuk dimiliki. Namun begitu, harga mungkin akan berubah mengikut permintaan dan pengeluaran semasa. Jadi, teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk berita-berita menarik akan datang.

*OTR = On The Road

Disediakan Oleh: Abdul Hafiz

More photos Below:

116 responses to “Eksklusif: Produksi Naza Blade”

  1. ayubkhalid Avatar
    ayubkhalid

    650 dia murah gila..zzzzz….performance mcm mana? tahan ke?

  2. alongrwg Avatar
    alongrwg

    tahan bagaimana anda mahu?? dohc vtwin enjin mampu main top speed maintain..performance makin mantap dikatakan delphi ecu claim boleh pergi sehingga 90hp..selain jimat pada pembakaran minyak, dan enjin euro4 type..hanya malaysia dan blade saja dimalaysia ini pakai enjin euro4, nak pula ia dipasang tangan dan hanya 2orang yg berpengalaman dan dihantar kursus khas dibenarkan mengendalikan pemasanagan naza blade ini..tkanz naza..

    1. khairul Avatar
      khairul

      assalam. sori ganggu…. saya baru pakai blade 250r dalam satu tahun….. boleh tak bagi phone contact ,,,,senang saya nak contact klu ada apa2 hal…..

  3. Adventure Borneo | Malaysian Riders Avatar

    […] Eksklusif: Produksi Naza Blade […]

  4. tangos80 Avatar
    tangos80

    betol ke org cakap enjin blade ni tak tahan lasak?ala2manja sket gitu..explain plz

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      bro..dohc enjin…v-twin type..sure tahan lasak..xmanje pon…naza blade250 dah pusing dunia dah..skang ni nak pusing borneo pula..nak tanye maklumat yg tepat kene tanye user die,tahan ke x..kalau ade xtahan tu tanye die,selalu ke masuk redline???kalau moto ape2 jenis n harga mahal pon selalu masuk redline enjin xtahan..hehehe ~my2cent~

  5. bazzaz Avatar
    bazzaz

    salam . nak sangat beli 650r 2012 ni .dapat info mngenai problem masa hadapan 650r
    1.rectifier kaput
    2.speedo weng
    3.jem/overheat (baru pakai atau masa test dan tersadai di naza)

    sori tak ingat suma . untuk model efi 2012 ni.. problem di atas tu masih ada lg ke atau konfem akan ada bila kata bli blade ni yela moto bajet la owg ckp . kalau sape ade pngalaman mngenai 650 ni bole la bgtau sket ape kekurangan…….trima kasih. (masalh itu diambil dr forum mbc dan lain2)

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      wkmslm..mungkin anda refer pada tread yang lama..di akui mmg dahulu part2 yg dikatakan menggalmi problem..ini kerana adalah part2 tersebut dibuat khas untuk cuaca di korea..dan tahun demi tahun..bermula 2010 naza alert mengenai perkara ini dan menaiktraf kualiti yg sedia ada..maka problem yang dikatakan hampir tiada pengguna yang kena..mengenai jem/overheat itu adalah masalah cara penungang itu sendiri..moto mana yang boleh main dekat redline lama..nasihat sy..tanya saja pada yang menggunakan nya..dan naza blade menggunakan enjin v-twin..

      bagi saya sume moto ade kekurangan dan kelebihan..ia bermasalah apabila penunggang nya bermasalah..

      sekian terima kasih kerana bertanya..

  6. azreen Avatar

    nak tanya power commander(pc) apa leh pakai untuk naza blade 250r ni?? untuk model blade keluaran bru ni

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      basicly power comandor atau dikenali sebagai pc ini adalah untuk mengawal atau tune balik sistem efi sesebuah moto,naza blade 250/650,JIKA kita menggunakan aftermarket ekzos,so depend pada kegunaan,myb ade yg nak pickup or nak laju so pc 5 disarankan untuk naza blade ni..keluaran baru menggunakan ecu delphi dimana cut off nya lebih jauh dari keluaran sebelum ini..tidak mustahil keluaran naza blade 650 boleh mencecah 90hp..keluaran sebelum ini jika ditune di kedai permofmance pon boleh mencecah 90hp++ jika ditune dengan menggunakan ecu sedia ada…

      terima kasih kerana bertanya…

  7. shah Avatar
    shah

    saya nak bertanya mengenai penjagaan motor naza blade 250r efi 2012 yang paling bagus.. boleh beri tunjuk ajar kepada saya sebab saya baru sahaja submit motor tersebut..

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      shah : penggunaan moto ni tidak la sesusah mane..tapi cara yang terbaik adalah..

      1) Penjagaan enjin seperti

      [I] eo (oil engine) minyak hitam :- setiap kilo meter yang disarankan tukar perlu la ditukar kalau boleh dengan seberapa segera kadang kala kita lupa..tapi satu button pada panel meter blade boleh di set berapa batuan (millage) kita dah jalan..genap 1500 kita jalan pastikan tukar dengan seberapa segera..byk minyak eo yang digunakan oleh owner naza blade ni kebanyakan menggunakan jenama maxoil..kerana walau hampir tiba waktu untuk ditukar bunyi enjin masih lagi baik berbanding motul..harga pula berpatutan..boleh didapati pada kadar rm28 sebotol..

      [II] enjin :- enjin perlu la dijaga dengan baik..kalau time bawak jangan kusyuk pulas sampai masuk redline..bukan xboleh masuk redline tetapi yang terbaik adalah below dari redline..

      lain2 tiada apa perlu dirisaukan kerana keluaran 2012 ini lebih mantap setelah pengeluaran 2010..

      untuk keperluan teknikal yang lebih detail boleh la ke group ini :- (klik link dibawah)

      https://www.facebook.com/groups/Bladers2011/

      mereka serius untuk menyelesaikan berkaitan teknikal…jadi apa2 soalan harusla serius..

      1. shah Avatar
        shah

        terima kasih along beri tunjuk ajar dekat saya.. maaf saya reply lambat sebab beraya.. hehe.. saya tak berape faham mengenai kill switch,, boleh bagi terperenci tersebut tak ?? maaf kalau saya banyak bertanya..

  8. alongrwg Avatar
    alongrwg

    wkmslm..maaf lambat balas..agak bz lately dengan kerja dan juga exam final yang akan tiba tidak lama lagi (student part time), kill switch biasanya terletak di bahagian genggaman tgn kanan pada handle..kebiasaan ia berwarna merah..kegunaan kill switch biase digunakan untuk mematikan engine disaat2 kecemasan..nama pon kill switch maka kegunaan hanya pada waktu emergency..tertib yang terbaik ketika mematikan enjin moto adalah dengan mematikan pada kunci motor..kemungkinan amalan mematikan enjin menggunakan kill switch boleh memudaratkan enjin anda..terjemahan dari ayat kill switch itu ibarat kita membunuh enjin hehehe..

    diharap persoalan anda terjawab..sila ikuti perkembangan malaysiariders terkini..tq for support…

    1. arustenangstrikehold Avatar

      saya ni tgh dok usha blade tapi second je la. sy nak tahu mana lebih baik antara blade carb version dgn efi version? moto yg dlm list sy sekarang blade 250r , tahun 2010 , carb version…tolong la sy

  9. shah Avatar
    shah

    tak pew long.. semoga along dapat jawab exam dengan cemerlang.. insyallah.. tapi shah musykil pasal kill switch dekat dengan tongkat.. shah banyak dapat info dari forum-forum yang shah baca banyak mengatakan tentang kill switch dekat dengan tongkat(stand) motor.. boleh along bagi kebaikkan dan keburukkan tentang switch tersebut..

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      oo kill switch tongkat..ckp awal2 hehehe..yg dekat handle pon org pangil killswitch..xde pape pon killswitch tu..ia dibina untuk keselamatan penunggang..dimana fungsi nya seperti apa yang harry katakan..namun bende tu boleh “disunatkan”..tiada pon yang menganggu..

      1. shah Avatar
        shah

        hehe thankx long,, nanti pape hal boleh la kita jumpa kenal2.. saya duduk dekat dengan mines sri kembangan.. along boleh tolong tak bagi cadangan beli motor naza blade 250r 2012 dekat mana murah tak.. sebab hari tu saya dah submit kat naza pj tapi garentor saya tak lepas la.. saya punya gaji sekarang rm1350.. naza pj tak boleh lulus saya punya loan sendiri sebab usia saya baru 19 tahun..

  10. Harry Simoncelli Avatar
    Harry Simoncelli

    Setahu ambe pun , kill switch ada kat tongkat. tujuannya , utk mematikan enjin bila kita turunkan tongkat masa enjin tengah hidup. mcm skooter la jgk..kalu tak percaya , try turunkan tongkat masa enjin blade idup n masih dlm gear..( pengalaman bawak blade kwn2 je la ) . Ramai bladers buang switch tu,alasannya risau tongkat jatuh n motor mati masa tgh speeding.

    Ambe pun ade soalan. ambe ni ada nak ambik blade second tahun 2010 ,carb version. ada sape2 blh bagi pendapat , carb version vs efi version,mana lebih baik???

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      sebenar2nya dua2 ok..cuma untuk versi carb kite boleh setting sendiri manakala efi ver kalau nak buat setting kene guna alat yang ada di naza..

      1. shahrul zaman Avatar
        shahrul zaman

        Salam alongrwg.boleh bagi no fon tak.saya nak tanya berkenaan dengan naza blade saya yang tengah bermasaalah ni.start ok tapi tak nak hidup.adakah ecu dia bermasaalah.

  11. arustenangstrikehold Avatar

    saya ni tgh dok usha blade tapi second je la. sy nak tahu mana lebih baik antara blade carb version dgn efi version? moto yg dlm list sy sekarang blade 250r , tahun 2010 , carb version…apa pula part yg perlu diambil perhatian sebelum membeli moto second nih?

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      part apa yang dimasudkan??alhamdulilah 2tahun menungang blade..xbanyak kerenah cuma pada bateri dan rantai std dari naza hanya dapat dipakai sehingga perjalanan 10k++ tetapi boleh diganti dengan rantai dan bateri baru dimana kedua2 part tersebut boleh menjangkau lebih daripada 20k perjalanan..tetapi adat memakai moto besar..duit harusla sentiasa stby sedikit incase ape2 akan terjadi..~peace~

      1. shah Avatar
        shah

        along pakai bateri dan rantai jenama apa.. saya nak belajar semua pasal motor kalau tak keberatan la.. ~smile~

      2. alongrwg Avatar
        alongrwg

        rantai jenama yg mmg untuk motosikal 250cc nye..kami ade 2pomen khas yg boleh buat atau akmi percaya dengan mereka.. kalau erea kl abg zul olen..kalau erea selain kl..sy hantar pada bard..di kg.melayu subang je..dia merupakan bekas pomen dinaza..so dia tau selok belok moto blade ni..xsusah pakai blade ni..nak tau ape partnya boleh rujuk dimbc..ade part2 kacukan yang boleh dipasang pada blade..

        tq kerana bertanya

  12. shah Avatar
    shah

    seelok-elok nya lagi elok kita ambik baru.. motor ni kita beli bukan nya murah sangat.. lebih elok kita beli baru dan dapat pakai sampai bila-bila.. lagi satu kalau kita beli baru kita rasa lain sikit perasaan ni kan dari beli second.. naza blade 250r efi memang terbaik la.. purata saya dengar memang dah tak ada masalah.. harap anda fikir masak2 k apa yang kita nak buat.. bak kata pepatah biar bersusah dahulu, senang kemudian.. salam satu malaysia.. hehe

  13. shah Avatar
    shah

    saya nak tanya.. kalau motor saya tak boleh start dan saya mahu hantar motor saya dekat naza center boleh tak center ambil motor saya dekat rumah ??? saya baru beli motor dan masih under waranty..

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      kenapa tak boleh start??moto baru kebiasaan tiada masalah melainkan kite park berbulan2 di rumah..tp if dalam selangor region..naza boleh amik dengan van..call service center naza shah alam

  14. razif Avatar
    razif

    salam..sy nk tnye..sy tggi 150..lepas x klu nk bwk moto ni..sbb ingt nk angkt sebijik klu lepas..ad spe2 leh tlg x?minat sgt tgk blade ni..huhu

    1. malaysianriders Avatar

      boleh je tu..

    2. alongrwg Avatar
      alongrwg

      wkmslm..boleh..ade rakan blade sy yg ketinggian hanya 124cm boleh menunggang 650cc..yg penting minat dan sikap setiakawan..

  15. azmisan Avatar
    azmisan

    saya nak minta tolong sikit..saya bru beli blade 250ri, ari tu masa menunggang blade dalam hujan, terlanggar ari bertakung, tetiba enjin mati…bila start balik enjin hidup tp bila masuk gear enjin mati lak…2/3 kali sya try…. bila saya turunkan tongkat dan start enjin pastu naikkan tongkat leh lak jalan…. rasanya sebab suis tongkat tu kan?… boleh ke terangkan bagaimana nk matikan suis tongkat tu….takut nti enjin xleh idup lak…atau masalah lain… harap dapat bantuan semua bladers yang berpengalaman…tq

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      seperti yg kita tahu kebanyakkan syarikat pengeluar motorsikal berkuasa tinggi akan menjaga sebaik2 nya enjin kenderaan..bagi kawaski terdapat sensor di bahagian hadapan..manakala naza blade atau diluar dikenali sebagai gtr memsang sensor tersebut di tongkat sebagai langkah berjaga2..yup itu disebab kan suis pada tongkat saudara..suis tongkat itu berfungsi sebagai salah satu suis keselamatan,apabila terlangar lubang kecil tongkat akan bergoyang..tu yg kadang2 mcm semput2 sikit enjin..sy nasihat kan pergi ke naza centre di pj atau pon di shah alam untuk potong suis tu memandang kan anda masih ada warranty…

  16. zul Avatar
    zul

    along sya nk tanya blade ni pick up x? naik genting lepas?

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      blade lebih kepada top..dah ramai dah naik genting..lepas je..dah pusing semenanjung pon ada

  17. zalie iqbal Avatar
    zalie iqbal

    salam smua otai yg di hormati,saya baru jer amik blade 650r..mmg power mtr ni..cuma kenapa bila bawak rasa panas je..ini mmg atau pun ada masalah?

    new bie

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      wkmslm..itu keadaan biasa bagi 250cc dan ke atas..kemungkinan anda tidak biasa lagi..insyallah xde pape..ade temp meter..boleh nampak kalau panas sgt temp akan naik

  18. Hamka Avatar
    Hamka

    En. Along,nak tumpang bertanya, 650R EFI ok x?

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      hai hamka..ok je..laju pon laju..but berat sedikit dari 250..so kalau cruise mood..sedap..conering sedap..nyum2

      1. Hamka Avatar
        Hamka

        betul Along, bila meleper nyum2 mcm mkn tongking ayam!

  19. Flex Avatar
    Flex

    salam..saya berminat dgn Naza nie sbb harga mampu milik dan size yg besar.. soalan saya berkenaan harga spare part pula bagaimana? ada dngar cita motor murah tp spare part mahal mengalahkan part kawasaki…
    bagaimana pula dgn top speed 650r efi..dapat cecah x km240

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      wkmslm..

      part ape yg mahal tu dari part kawasaki??cube listkan,kalau dengar2 xboleh nak amik fakta sebegitu, ape yg saya tahu..part blade boleh dikacukan dengan jenama moto lain..iaitu part dari rxz,tzm,fxr, vespa dll..nasihat saya..buat kajian mendalam dengan merujuk pada forum mbc..dlm tu ade list spare part kacukan,yg ternyata lebih murah..

      kebanyakkan seller mengatakan bahawa spare part itu murah kualiti xbagus adalah sebab KOMISYEN..kalau juall moto brand naza KOMISYEN sikit..jual moto yg BRANDED dpt la komisyen tinggi..so paham2 la ye..

      bab toppspeed ni adjektif…kenapa xtanye topspeed er6,??dgr2 180km/j je…laju2 pon kene Flash AES..xguna gak moto laju2..laju2 masuk litar la..hehehe

      sekian..wasalam..

  20. shah Avatar
    shah

    salam.. ada sapa2 boleh bantu or ajar macam mana nak betul kan lampu belakang.. lampu belakang saya sentiasa menyala jew (menyala bila kita tekan break kan lampu jadi terang).. macam mana nak buat jadi normal.. saya pakai motor 250r efi

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      mmg always menyala apabila on bro, dan tekan akan menyala terang (@_@)

      1. shah Avatar
        shah

        maksud saya lampu belakang saya sentiasa menyala terang walaupun tidak tekan break..

      2. alongrwg Avatar
        alongrwg

        pernah tukar tayar ke??bwk pergi bengkel..kemungkinan suis pada pedal terikat kuat sedikit..kalau xtukar tayar or usik brek belakang..bahasa mudah manufacture defect

  21. seli Avatar
    seli

    banyak yang dapat saya belajar dari komen2 di atas

    1. seli Avatar
      seli

      Saya akan dapatkan 250efi dalam tempoh terdekat, timo kasih semua

      1. russelljose Avatar
        russelljose

        saya pun sama..inyaAllah gaji ni keluar la blade gtr 250r…weng3!!!

  22. shah Avatar
    shah

    penah usik break belakang.. sorry saya tak tahu nak explain macam mana.. hehe .. kalau boleh saya nak buat sendiri jew sebab tak ada masa nak pergi naza center.. motor saya under waranty lagi..

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      sbb ade warranty kita kene p naza..ape2 hal nanti boleh claim..kalau buat sendiri…kebetulan rosak..nnti ape2 pon xdpt kang hehehe

      1. Hamka Avatar
        Hamka

        Baru ambil 650R tadi, belum test power lagi, malam ni nak ajak dia berbual

    2. alongrwg Avatar
      alongrwg

      hamka- ajak moto berbual??hahahaha..

      1. Hamka Avatar
        Hamka

        hmm apa org kata….to break the ice…hehe

      2. alongrwg Avatar
        alongrwg

        hamka-jom jumaat ni tts kat ghulam damansara..

      3. Hamka Avatar
        Hamka

        emm rasa2 x bleh ler brader, kwn dok JB, lagipon rasa2 time tu kwn kat Batam….berubat tradisional disana! disana!

      4. Hamka Avatar
        Hamka

        Along, tanya sket, klau blader tts kat ghulam damansara, bro mesti kenal Jai Damansara …

      5. dean Avatar

        aku bru ambik dah pasang ekzos ejm ala ducati

  23. am7717 Avatar
    am7717

    salam 1 malaysia… komen2 diatas membuka minda sy kpd blade 250 versi naked.. boleh sy tahu dari semua yg diatas, ada tak kelab blade sahaja/ hyosung? dijangka sy akan melamar naza 250 efi versi naked tahun depan n nak masuk kelab blade jika ada… 🙂

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      wkmslm..ade tp dlm group fb la..biase buat perjumpaan di kebyakkan lokasi2

      join- https://www.facebook.com/groups/Bladers2011/

      n welcome to our family..

  24. Fandi Avatar
    Fandi

    Assalamualaikum..saya keja kat penang, tp duk kat kulim kedah..bercadang nak beli blade 250r…blh rekomen tempat kat area sini x??yg blh bagi service after sales yg mantopp…tq..jasamu dikenang…

    1. alongrwg Avatar
      alongrwg

      wkmslm w.b.t…

      saya penang erea xbrapa nak familiar sikit, tapi anda boleh cuba masuk group blade ni, kebanyakkan didalam group ni di buat khas untuk bladers erea utara…

      https://www.facebook.com/groups/161782150545099/

      harap ini dapat membantu saudara

      tq

      1. Fandi Avatar
        Fandi

        Tq bro..

      2. NC Avatar
        NC

        Dah join ka blom ni? kat BM ada der..

    2. khusairi Avatar
      khusairi

      Salam.. best dpt timba ilmu dari ulasan brother otai2 blade 250r ni.. sya punye hati pun rasenye dh trpikat kat naza blade 250 r.. dgar cite dh keluar version baru untk 2013.. rase2nye version baru ni lbih dsyat ker ek brbanding version 2012.. Ape pun brcadang nk melamar blade 250 ni dlam mase trdekat.insyaallah..:)

  25. rezal Avatar
    rezal

    salam,saya nk tnya blade 650ri ‘facelift’ rasa2 bila nk msuk bahagian borneo sbb nk angkt sbijik….

  26. shah Avatar
    shah

    salam longrwg.. aku nak tanya sikit ada tak center stand tok naza blade 250r cam motor kapcai tu.. malas la nak beli paddock stnd tu sebab lau kita center stand dapat la bersih kan rantai dimana jua ku berada.. hehe

  27. NC Avatar
    NC

    waaaahhhh… otai aa alongrwg.. smua soklan dia jawab single-handed..
    bleh ajaq saya skali dak bang? hehehe

  28. qimie2506 Avatar
    qimie2506

    Assalamualaikum . InsyaAllah hujung tahun ni saya nak pinang satu 650r facelift ni.. boleh tk ceritakan kelebihan jentera ini? Terima kasih 😀

    1. Hamka Avatar
      Hamka

      Wsalam, 650R best 180 senang2. err top blum try coz under running in lg, naik kapal dah x ingat2 bini lg….asik terbayang moto jer

    2. Hamka Avatar
      Hamka

      hmm puas ati, pikap mantap, leper pon ok, cuma enjin bawah seat, tu yg panas rasa, nak outcome that problem guna EO yg heat resist mcm Mark-X made in Japan, bru x panas kelengkang nih, coolant cari yg merah…toyota nyer hmm okler

  29. acai Avatar
    acai

    salam alongrwg…sye ingin menanya kn bbrp soalan…naza blade ade keluaran bru bg 2013 ni…naza brkerjasama dgn TBR…bro tau x klu2 naza 2013 ni ade uat pembaharuan pada enjin selain ekzos n colour motor trsebut…

    pecah kace pecah gelas,
    da bace arap bls…
    tq….

    1. nik zainuddin Avatar
      nik zainuddin

      Nak tanya kawan kawan…kat mna boleh dapat tabong ekzos 650r yg buatan local….murah sikit…

  30. seli Avatar
    seli

    Ari ni saya telah tempah 250r efi GTR….tak tau lagi bila dapat…. orang kedai cakap kena tunggu lebih kurang 2 minggu…. tak sabar rasa nya.. he heh

  31. shahrul zaman Avatar
    shahrul zaman

    Bro alongrwg.saya nak tanya.naza blade saya ada masaalah engine tak boleh hidup selepas terkena hujan lebat.boleh saya tahu apa masaalah nya.saya baru mengguna kan jentera naza blade 250R lebih dlm 6 bulan.

    1. Hamka Avatar
      Hamka

      Along, let me….Shahrul awk dah sunatkan killswitch kat stand?

      1. shahrul zaman Avatar
        shahrul zaman

        Belum lagi,start ok tapi taknak hidup.sekarang motor dah kat bengkel.

  32. Walique Avatar
    Walique

    Cadangan nak ambil 650r.. ride ampang to shah alam.. DUKE-DUTA-NKVE.
    nak tau la.. tukar sporcket dia berapa ratus.

  33. azman_erc Avatar
    azman_erc

    Assalamualsikum, nak tanye, 250r harga otr sebenarnya brp?, saya bru jer, loan dh lulus, apek kt nilai jual rm15500. Betul ke

  34. RenzoLong Avatar
    RenzoLong

    Blade 650R coverset boley convert ke???

  35. seli Avatar
    seli

    Assalamualaikum, nak tanya pengelaman orang lama pakai blade 250r, boleh tak kalau handel moto 250r tukar pakai handel 250n, terima kasih.

  36. idzwan Avatar
    idzwan

    Aku berkenan ngan 250 punye. kat kedai mana bole dapat harga camtu? aku g survey sume rm18k je yg standard. yg ekzos 2 brothers 21k. aku usya kat web, yg ekzos 2 brothers baru 18k camtu

  37. salvinder Avatar
    salvinder

    baru 2 bulan beli naza blade 250n…efi punya model..baru 2 bualn pakai starter dah buat hal..hantar kedai..apabila buka starter dia terkejut tgk keadaan starter mcm dah 5 tahun guna dgn carbon penuhdan kotor sgt…pomen tue ckp mungkin sebab starter dia ada kat depan enjin dan air hujan masuk katanyer…harap naza boleh memperbaikinyer…

    1. dev Avatar
      dev

      How is it now? ok?im planning to get naza blade naked version-250 model 2013.what is yr suggestion?

      1. salvinder Avatar
        salvinder

        DONT BUY NAKED BRO…no top speed..only 5 gears
        engine sound very harsh after fifth gear it feel like there are gears left..
        buy 650….I already upgrade to 650gtr fairing….very powerful and good bike.

  38. Afiq Avatar
    Afiq

    Salam smua..sy nie br je nk maen moto bsar nie..just nak tnya..antra blade 250 ngan 650,mna lg ssuai ntok daily use?sbb tmpt tggal ngan kja lbh kurang 40km..

    1. Hamka Avatar
      Hamka

      Wsalam, baik pakai 650, long distance tuu

      1. salvinder Avatar
        salvinder

        ambik 650….saya pun baru pas ambik..mengancam bro..cuma riding position kurang sedap
        kena modi ckit dekat handle

  39. leo Avatar
    leo

    salam semua, informasi2 atas mmg bnyk bantu saya mengenali pasal 250r & 650r. saya cadang nak ambik 650r dlm bbrpa minggu lagi..baru2 ini 29Apr, visit kat naza world katanya stok utk 650r dah habis dan kena tunggu…tak sabar i nak milik satu.heheheee..ini jelas blade dpt sambutan yg bagus…tapi i (beginner) perlu nasihat sapa2 sifu yg boleh bagi pndgn…
    1. Cadang nak upgrade paip Leo Vince, sedap tak bunyi (vroom!! vroom!!) dgn kuasanya sekali atau mana2 yg lain rendah drpd paip asal?
    2. Cadang jugak nak modi ekor belakang, kena dptn yang jenis pendek atau kena DIY?

  40. Leo Avatar
    Leo

    salam semua… I rasa informasi atas mmg dpt memberi saya gambaran serba sbnyk mengenali GT650R/GT250R. I dah confirm nak ambik GT650R bila2 masa… tapi cuma ade sedikit pertanyaan kalau boleh sapa2 bantu..Sebelum tu, I ni beginner for moto besar. Harap persoalan saya masuk akal..Hehehehe!
    1. Cadang nak modi paip jenis yg rendah dgn bunyi (vroom!!) dgn kuasany skali. Ade tak paip jenis KawaER6 atau yr rendah drpd yg Ori boleh fit. Cth: 2brothers, yoshimura….
    2. Kalau nak modi ekor belakang jenis yg pendek ade tak jual mana2 atau kena modi s’diri.

  41. Charles Bronzen Avatar
    Charles Bronzen

    Pasal ekor tu kenala modify sendiri bro ,

  42. hisham Avatar
    hisham

    salam..saya berhajat nk amik blade 250R..tiap minggu nk blik terengganu dri nilai…sesuai x.nk amik 650 kne upgrade lesen la dlu..

  43. evo89 Avatar
    evo89

    salam..
    sy bcadang nk beli naza blade 250 tuk kgunaan ulang alik pegi kije..
    agak2 sesuai x?
    lg satu..klu pakai brand naza blade ni malu x?skrg fames x brand ni?

  44. roslan Avatar
    roslan

    akum bro ,lan dr seremban nak tanya beberapa soalan kau nak amik blade 250 ulang alik dr KL ke seremban blh tahan ke enjinya tolon beri pandangan

  45. mohd faudzi Avatar
    mohd faudzi

    Saya baru pakai 2 hari naza blade tbr 650efi. Untuk perjalanan yang pertama saya ke bukit beruntung, malangnya turun dari highway bukit beruntung, enjin motor mati secara tiba2 di trafic light. Saya terpaksa menolak ke tepi. Saya terpaksa menelefon dealer kt tanjong malim. Mereka dtg membawa lori. Setibanya di tg malim, mereka mengatakan motor perlu hantar ke kilang naza kerana mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan. Motor ini masih ada kt kedai tg malim untuk menunggu sehingga pihak naza dtg mengambilnya. Betapa luluhnya hati saya kerana terlalu baru. Baru 2 hari ambil dari kedai bayangkan. Saya takut motor yg baru ini dibedah sehingga nampak keburukannya. Saya harap pihak naza perlu bertindak sewajarnya. Sepatutnya saya dapat motor yang baru. Saya tidak menyalahkan pihak naza kerana perkara ini berlaku bukan disengajakan. Apa yang penting pihak naza perlu bertanggungjawab supaya kepercayaan orang ramai, akan berkekalan kepada pihak naza. Tolong lah saya.

    1. roman Avatar
      roman

      Salam bro..moto bro mcm mne skg ek?? Kwn nk berminat nk amik..tp bile dgr bite mcm ni jd takut plak..

  46. 250177 Avatar
    250177

    hari nie genap 1minggu saya pki gtr250 tp enjin tak blh dihidupkan, msk nie dah kali kedua benda yg sama terjadi,kali pertama msh blh jln lagi tp kali 2 langsung tak blh jln knp ya kata phk naza dah atasi mslh nie knp msh terjadi lg ????????????????????????????????????????????????

  47. amihasrul Avatar
    amihasrul

    Hai, nk tya skit. Blade 650 naked dah x kluar ke?

  48. yassin Avatar
    yassin

    Saya bercadang nak beli blade second Naza blade naked 650 2006, ade problem ke tak dgn jentra nie, harga mengancam nak main cc besar siket, skarang dah ada duke 200 n nak ambik cc besar lagi

  49. Ayien_blade Avatar
    Ayien_blade

    salam bro….top speed saye skarang ni 173km/H….saye dengar orang kate tuka exhaust and buang cut off boleh bawak lebih dari 173km/h…and 1 lgi…exhaust ape yang bunyi sedap untuk ditukarkan dengan exhaust standard…(bunyi cam mesin jait ) -.-

    1. Man Avatar
      Man

      salam. bro dah cukup laju tu…keselamatan diutamakan…

    2. Andak Avatar
      Andak

      173kmh? Laju dah tu bro…berhati2 di jalanraya…

    3. anwar Avatar
      anwar

      Blade 650r skrg brape harga erk?

  50. Andak Avatar
    Andak

    salam. sya pengguna mesin GTR650R. masalahnya blade ni akan berayun kiri dan kanan apabila kelajuan mencecah 160kmh…sya saja test run utk tgk stability tp mengecewakan…ada idea atas masalah nie? tqvm…

  51. aidil zailani Avatar
    aidil zailani

    assalamualaikum… saya ni hanya berketinggian 161cm je… tengok motor ni mcm besar sangat.. ingat nak ambil naza blade 250gtr efi… agak2 sampai x kaki saya.?? dulu saya pernah try naik r1.. agak2 sama tak spesifikasi degn r1… memang minat naza blade ni.. dari segi bunyi hingga ke design memang perfect bagi saya… tolong beri pandangan

  52. Jason Avatar
    Jason

    so lepas baca komen2 di atas…dapat naza blade 250r problem hanya 2% sahaja…
    so today wanna book naza blade 250r GTR

  53. Muhammad Hafiz Avatar
    Muhammad Hafiz

    Salam along.. Sy ni mmg da confirm nk ambil blade 650. So sy nk minta pandangan along ttg tayar dan ekzos. Jenama apa yg sesuai dan sedap untuk performance? Tq along.

    1. Momok's Avatar
      Momok’s

      Cube bg oandangan skit tentang 650r ni….cadanf mcm nk amik…

  54. angaz Avatar
    angaz

    sy pon nak amek 650 tbr taya ingt nak amek bridgestone bt23 bnyk review kata ok taya bt23 ni

  55. lampu hemat energi Avatar

    In an era getting defined by its attempts to “go green”, this lighting material is being praised for its low voltage emergency lighting applications. Hard-wired, electric exit indicators are now being replaced with photo luminescent indicators. With an annual energy savings of about $300.00 or more, the initial investment promptly pays for itself. Adding towards the conservation of sources, these lighting fixtures demand no upkeep and have an estimated life span of 25 years or more. These capabilities make photo luminescent components a green choice for emergency lighting.

  56. jebatzull Avatar
    jebatzull

    Assalamualaikum tuan admin. maaf sekadar bertanya. ader x contact number kawan2 kelab naza gtr. saya baru nak blaja2 joint kelab. baru jer sambar naza gtr 650 sebijik. jadi rasa2 nak cr kawan2 boleh joint kelab kalau boleh. tq admin. ……

  57. jebatzull Avatar
    jebatzull

    Assalamualaikum tuan admin. maaf sekadar bertanya. ader x contact number kawan2 kelab naza gtr. saya baru nak blaja2 joint kelab. baru jer sambar naza gtr 650 sebijik. jadi rasa2 nak cr kawan2 boleh joint kelab kalau boleh. tq admin. saya dok area kinrara puchong.

  58. faizjm Avatar
    faizjm

    Salam along.. saya berminat nak amik naza blade650, apa mslh yg slalu dihadapi oleh blade 650 nie?

  59. Fiqrie Avatar

    Along sye bru pkai blade 250r…sye dok apartment n mtor park yg xde bumbung…bile slpas hjn lebat mtor sye susah nk hidupkn…knpe ye??

  60. mat.afifi Avatar
    mat.afifi

    Bro blh tmpg tnye….naza blade area btu cave or slyg kt mne ade buat yea?sbb mto sy ade mslh smpt ble time kte slow

  61. Danny Avatar
    Danny

    Slm.. nak tanye…. Ape kelebihan NASA Cruise 650? SBB sye minat dengan design body. Tp enjin belom tahu OK ke x. Skrng ni guns CBR 250 biasalh makin berumur sakit pulak bdan..Kira nk ambik naza cruise 650 tu.. sbb tak ramai guna moto tu Kat tpt sye…

Leave a reply to acai Cancel reply

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger