Macam-macam! Itulah ungkapan yang boleh kami katakan apabila berita yang kami bawakan ini sampai ke meja sumber berita kami. Seorang pembonceng wanita yang ditahan semasa menunggang secara berbogel di Constanta, Romania.

Namun begitu, disana tidak ada peraturan yang boleh mendakwa wanita tersebut dengan perbuatannya berbogel sambil menunggang motosikal kecuali dengan kesalahan tidak memakai topi keledar. Oleh itu, selepas wanita itu diberikan amaran dan menerima denda, wanita itu terus melakukan perbuatan menunggang sambil berbogel itu dengan memakai topi keledar.

Isu ini semamangnya tidak relevan dengan undang-undang di Malaysia yang tidak membenarkan sesiapapun untuk berada dalam keadaan berbogel dikhalayak ramai yang mana ia boleh dikenakan tindakan undang-undang sekira pesalah itu waras. Tetapi perbuatan wanita itu sememangnya tidak menitik beratkan perihal keselamatan yang mana ketiadaan perlindungan kepada tubuhnya mendedahkan bukan sahaja asetnya namun meningkatkan tahap kecederaan yang boleh berlaku sekiranya dia terlibat dalam kemalangan.

Kita boleh mengambil iktibar dari perkara ini dimana keselamatan itu lebih penting dari melakukan perkara yang dirasakan hebat atau unik dengan sekadar untuk menunjuk-nunjukdan sebagainya. Jadi secara tidak langsung ini menyentuh isu “mat rempit” yang kerap melakukan aksi berbahaya tanpa mengenakan peralatan keselamatan yang sesuai.

2 responses to “Macam-macam Ragam”

  1. Adventure Borneo | Malaysian Riders Avatar

    […] Macam-macam Ragam […]

  2. Macam-Macam Ragam #2 | Malaysian Riders Avatar

    […] Sejak dari beberapa hari yang lepas, pelabagai berita yang telah kami terima dan ada yang baik dan ada yang tidak. Tapi dalam banyak-banyak cerita yang kami terima, pasti akan terselit cerita-cerita yang agak ganjil dan pelik. Pelik bagaimana? tempoh hari kami menerima berita tentang penunggang motosikal wanita menunggang secara berbogel namum tidak dapat dikenakan tindakan undang-undang atas sebab-sebab tertentu. (Sila baca disini) […]

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger