Macam-macam Ragam

Macam-macam! Itulah ungkapan yang boleh kami katakan apabila berita yang kami bawakan ini sampai ke meja sumber berita kami. Seorang pembonceng wanita yang ditahan semasa menunggang secara berbogel di Constanta, Romania.

Namun begitu, disana tidak ada peraturan yang boleh mendakwa wanita tersebut dengan perbuatannya berbogel sambil menunggang motosikal kecuali dengan kesalahan tidak memakai topi keledar. Oleh itu, selepas wanita itu diberikan amaran dan menerima denda, wanita itu terus melakukan perbuatan menunggang sambil berbogel itu dengan memakai topi keledar.

Isu ini semamangnya tidak relevan dengan undang-undang di Malaysia yang tidak membenarkan sesiapapun untuk berada dalam keadaan berbogel dikhalayak ramai yang mana ia boleh dikenakan tindakan undang-undang sekira pesalah itu waras. Tetapi perbuatan wanita itu sememangnya tidak menitik beratkan perihal keselamatan yang mana ketiadaan perlindungan kepada tubuhnya mendedahkan bukan sahaja asetnya namun meningkatkan tahap kecederaan yang boleh berlaku sekiranya dia terlibat dalam kemalangan.

Kita boleh mengambil iktibar dari perkara ini dimana keselamatan itu lebih penting dari melakukan perkara yang dirasakan hebat atau unik dengan sekadar untuk menunjuk-nunjukdan sebagainya. Jadi secara tidak langsung ini menyentuh isu “mat rempit” yang kerap melakukan aksi berbahaya tanpa mengenakan peralatan keselamatan yang sesuai.

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s