Bike Fest di Mines

Bermula hari ini pada jam 9 Malam bertempat di tapak pameran antarabangsa Mines, sebuah festival motosikal anjuran MUSC bersempena KLIAF yang turut akan berlangsung bermula hari dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam.

Festival motosikal yang dinamakan PSK 2012 ini akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini sehingga hari ahad 29/4/2012. Kami merasakan bahawa ini merupakan sebuah festival yang menarik bagi memberikan pendedahan kepada peminat motosikal tanah air dari segi semua aspek. Aspek apa? dari segi modifikasi dan juga penjagaan motosikal, melihat kreativiti tenaga tempatan menghasilkan karya mereka, dan macam-macam lagi.

klik untuk saiz penuh

 

Selain itu, terdapat juga perlumbaan “Drag Race” yang akan dilangsungkan mengikut kategori bakal diadakan pada hari kedua dan ketiga. Ini bakal memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat bakat-bakat muda yang mungkin selama ini digelar “Mat Rempit” beraksi dengan cara yang betul dan bersesuaian. Mungkin juga ia boleh membuka mata pihak berwajib bahawa perlunya wujud banyak kawasan yang bersesuaian untuk sukan permotoran seperti “drag”, litar lumba seperti Sepang atau Pasir Gudang, Stunt bikes, motocross dan pelabagai jenis lagi.

image credited to MUSC

Sehubungan itu, kami dari Malaysian Riders mengajak semua peminat motosikal sama-sama memberi sokongan terhadap festival ini dan sama-sama mempromosikan ia kepada orang-orang disekeliling kita untuk bersama meningkatkan martabat industri permotoran dan sukan permotoran tanah air kita. Yuran masuk adalah hanya sebanyak RM30 untuk pass 3 hari dan beserta pelbagai goodies.

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s