Jelajah Borneo

Respek! itu yang kami pertama sekali kami dapat katakan apabila mendengar berita tentang sebuah program jelajah yang bakal berlangsung lebih kurang 2 minggu dari sekarang. Mungkin akan ada suara-suara sumbang yang akan menyatakan bahawa tiada apa yang istimewa tentang jelajah sebegini, mungkin akan ada yang mengatakan program ini sebagai sebuah perkara yang biasa.
Modenas ACE 115 yang bakal menempuh cabaran

Namun begitu, pada pendapat kami ini merupakan sebuah program yang hebat dimana bukan sahaja perjalanan sejauh 7000km bakal ditempuhi oleh 3 penunggang yang terlibat. Malah mereka perlu bekerja keras bagi menghadapi cabaran ini dengan hanya menunggang jentera berkuasa kecil dari segmen moped. 3 model berlainan akan digunakan dari Modenas iaitu model terbaru ACE 115, GT128 dan juga MR1.

cabaran yang bakal ditempuhi (image credited to marathon rally)

Inisiatif hebat dari Bikers Cover Magazine (BCM) dengan kerjasama bersama MODENAS ini bakal mencipta sejarah dan ia juga akan cuba membuktikan bahawa jentera kecil itu juga mampu untuk menempuh cabaran hebat ini yang sememangnya sinonim dalam dunia penjelajahan motosikal lasak. Sehubungan itu, kami dari pihak Malaysian Riders menyokong penuh usaha yang dijalankan oleh pihak BCM dan MODENAS.

Dalam pertemuan ringkas kami bersama wakil BCM sendiri baru-baru ini, mereka menyatakan bahawa persiapan kini telah memasuki fasa terakhir dan segala jenis sokongan yang diberikan oleh mana-mana pihak amat dihargai dan kami dari pihak Malaysian Riders juga akan turut menyokong usaha yang dijalankan ini dengan memberikan liputan kepada usaha mereka. Mereka akan bertolak dari Kuala Lumpur pada 13hb Mei ini dan kami akan cuba bawakan sedikit liputan sebelum perlepasan mereka ke Sarawak.

Apapun, kami ucapkan selamat maju jaya kepada 3 orang penunggang yang akan terlibat dan kami ucapkan selamat maju jaya. 


4 thoughts on “Jelajah Borneo

  1. Assalammualaikum malaysian riders….saya salah seorang pemilik modenas ace 115 ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam roadtour itu nanti…

      1. Salam dan Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua malaysian rider di luar sane…Ha,klu sudah sampai di lokasi Bintulu nanti jangan lupa khabarkan berita kepada biker2x Bintulu agar kita sama2x berkumpul dan memberi support kepada Malaysian Riders nanti…Ok,,,Modenas Boleh….Malaysian Rider Boleh….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s