
Sejak dari beberapa hari yang lepas, pelabagai berita yang telah kami terima dan ada yang baik dan ada yang tidak. Tapi dalam banyak-banyak cerita yang kami terima, pasti akan terselit cerita-cerita yang agak ganjil dan pelik. Pelik bagaimana? tempoh hari kami menerima berita tentang penunggang motosikal wanita menunggang secara berbogel namum tidak dapat dikenakan tindakan undang-undang atas sebab-sebab tertentu. (Sila baca disini)
Kali ini, lain pula ceritanya. Ini berlaku di luar negara iaitu di Halesowen, West Midlands, United Kingdom. Seorang pelajar bernama Jack Deeley berusia 17 tahun telah diberi amaran terakhir oleh pihak sekolahnya berikutan remaja tersebut yang menunggang jentera Aprilia RS125-nya ke sekolah. Remaja tersebut sememangnya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku terhadap dirinya itu apabila alasan yang diberikan pihak sekolahnya adalah atas dasar pelajar tidak boleh datang ke sekolah dengan menggunakan apa-apa pengangkutan berenjin.
Jack yang mempunyai lesen yang sah dan mempunyai cukai jalan yang dibayarnya sendiri merasakan ini tidak adil sedangkan pelajar lain juga ada yang memandu kereta sendiri dan dihantar oleh ibu bapa mereka dengan kenderaan berenjin. Sudah 2 kali pelajar ini dikenakan amaran yang menyebabkan dia diperintah pulang ke rumah dan kini dia hanya menunggu masa untuk membuat permindahan sekolah kerana merasakan layanan yang tidak adil dikenakan keatasnya selaku penunggang motosikal.
Ini apa yang berlaku di United Kingdom dan dari cerita ini, kami mula terfikir samada kejadian sebegini berlaku atau tidak di Malaysia. Apapun, nasihat kami kepada mana-mana pelajar atau pengguna motosikal di seluruh dunia khususnya di Malaysia ini agar mematuhi undang-undang dan mengenakan alat keselamatan yang sesuai walau kemana pun destinasi yang ingin dituju.