Dari Jepun ke Kanada

Sebuah motosikal Harley Davidson yang dihanyutkan hasil dari Tsunami yang melanda Jepun tempoh hari telah ditemui di perairan kepulauan Graham oleh Peter Mark. Sumber dari CBC News mengatakan bahawa nombor pendaftarannya mengesahkan bahawa motosikal ini berdaftar dari daerah jajahan Miyagi yang turut terlibat dalam fenomena bencana alam tsunami pada waktu tersebut. Motosikal tersebut ditemui didalam sebuah lori pengangkutan kecil yang terapung.

Perjalan sejauh lebih 4000 batu dari perairan Jepun itu sangat menakjubkan kerana motosikal tersebut masih berada dalam keadaan asalnya walaupun pintu lori tersebut sudahpun tercabut dan ini bermaksud motosikal tersebut terdedah kepada anasir-anasir luar seperti air laut dan lain-lain.

Peter Mark yang menemui motosikal tersebut berkata “Ini sungguh tidak masuk akal, saya tak dapat bayangkan bagaimana motosikal tersebut terus berada didalam lori itu. Ia tidak hancur dan semuanya hanya bergelimpangan pada lantai lori tersebut”.

Pada waktu ini, motosikal jenis “Cruiser” itu masih ditinggalkan di lokasi ia ditemui dan lokasi yang agak terpencil dengan jalan yang hanya boleh dilalui oleh ATV itu menyebabkan ia masih tidak diambil. Sementara itu, nombor pendaftaran motosikal tersebut kini sudah dihantar kepada pihak berkuasa Jepun bagi menjejaki pemilik motosikal itu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s