Honda CBR400R??

Teruja kami apabila mendapat khabar-khabar angin sebegini, iaitu berkenaan pembuat motosikal gergasi kembali memandang kearah motosikal berkuasa sederhana seperti 400cc dan kebawah. Walaupun ia buat masa ini masih belum menjadi realiti, namun berita-berita sebegini menunjukkan penerimaan dan sambutan yang hangat dari kalangan peminat motosikal. Ini diharap akan dapat diambil kira oleh pembuat motosikal seperti Honda, Yamaha, KTM dan mungkin juga Modenas untuk kembali fokus kepada kapasiti enjin skala sederhana ini.

Sebelum ini, kita pernah dihebahkan dengan berita mengenai Yamaha yang ingin mengeluarkan motosikal 250cc yang dikenali sebagai Yamaha R4. Namun, khabar angin tersebut nyata belum menjadi kenyataan walaupun sudah beberapa tahun ia berlegar-legar dalam industri motosikal antarabangsa. Kali ini, sekali lagi kita akan dijamukan dengan berita yang belum disahkan kesahihannya. Berita yang kami terima melalui laporan oleh majalah automotif dari Jepun “Young Machine” menyatakan bahawa Honda kini sedang dalam proses untuk memperkenalkan semula motosikal berkuasa sederhanda iaitu CBR400R.

CBR400R [gambar kecil (Kanan,Bawah)]
Japanese Megelli 250R [Gambar utama]

Namun, belum ada pengesahan atau apa-apa pengumuman dari pihak Honda sendiri. Tetapi dengan ekonomi global kini yang tidak menentu dan pasaran yang semakin sengit dengan pelbagai pilihan, ia seakan-akan satu pilihan yang bijak buat Honda untuk memfokuskan pasukan “RnD” mereka untuk membina motosikal pada platform 400cc ini. Melalui laporan dari VisorDown, pasaran motosikal disana menampakkan gaya pembelian oleh pengguna kini menjerumus kepada motosikal lama seperti VFR400R NC30 dan sebagainya.

Dengan peningkatan fokus dari pengguna terhadap jentera yang boleh diklasifikasikan sebagai jentera pertengahan diantara motosikal permulaan 250cc dan motosikal berkuasa tinggi 600cc dan keatas. Lebih banyak pengeluar motosikal kini boleh mula menceburi semula pengeluaran motosikal berkapasiti lingkungan 250cc hingga 400cc. Ini dibuktikan apabila pengeluar motosikal Austria, KTM, mengumumkan bahawa ia akan melancarkan model motosikal yang berkapasiti 350cc untuk penggunaan atas jalan yang dibina diatas platfom jentera perlumbaan Moto3 mereka.

Berbalik kepada Honda CBR400R ini, dengan jangkaan kuasa yang dihasilkan dalam linkungan 50hp dan  berat yang dijangka lebih ringan berbanding jentera 600cc. Ia mungkin akan menjadi sebuah jentera yang lebih digemari pada masa kini. Dengan reka bentuk yang agresif dan lebih moden, tidak mustahil jentera baru ini mungkin menjadi pemain dominan dalam kategorinya. Walaupun ia masih sekadar khabar angin, namun kami dari Malaysian Riders sentiasa bersikap optimis bahawa ia akan satu hari menjadi kenyataan atas faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan seperti kenaikan harga minyak dan status ekonomi global yang kurang stabil.

Jadi dengan ini, teruskan bersama kami di Malaysian Riders bagi mendapatkan informasi-informasi eksklusif dan terkini tentang dunia permotoran motosikal anda.

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s