Jentera KTM Moto3 untuk Dijual?

image credited to visordown.com

Jentera berkapasiti 250cc yang digunakan sama seperti pelumba negara Zulfahmi Khairuddin yang beraksi dalam kejuaraan dunia Moto3 kini boleh dimiliki. Namun, ia bukanlah untuk kegunaan diatas jalan raya, ia merupakan jentera yang hampir menyamai spesifikasi perlumbaan Moto3 dan dikhususkan untuk perlumbaan sahaja atau kegunaan dalam litar sahaja.

Hadir dengan pakej perlumbaan yang lengkap dan hampir sama dengan jentera Moto3 yang beraksi dalam kejohanan dunia, ia pasti menjanjikan prestasi jentera yang hebat bagi pemiliknya untuk berlumba dalam kategori yang sama. Spesifikasi yang diberikan dari KTM ini dikatakan boleh diberikan naik taraf bagi menyerupai dengan jentera KTM Moto3 yang sebenar.

image credited to official zulfahmi

Namun seperti biasa, harga bagi sesebuah jentera lumba bukanlah datang dengan murah. Menurut sumber yang kami terima, harga yang diletakkan adalah didalam lingkungan RM172,864 untuk sebuah jentera. Seluk poket masing-masing sebelum bercita-cita untuk memiliki jentera ini. Apapun, seperti apa yang pernah kami bincangkan sebelum ini. Jentera untuk kegunaan atas jalan turut berada dalam perancangan pihak KTM ini dengan kapasiti 350cc yang mungkin menggegar pasaran dalam tempoh 2 tahun lagi.

Untuk maklumat dan informasi tentang pembelian jentera diatas yang dibuka tempahannya sehingga oktober tahun ini boleh didapatkan dari laman utama KTM. Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk berita yang terkini dan maklumat lanjut pada masa akan datang.

Advertisement

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s