Selangor Motor Race

Klik untuk saiz penuh

Bertempat di Speedway Plus Circuit Elite USJ, Subang, Selangor. Pusingan pertama bagi perlumbaan Selangor Motor Race yang dikendali oleh ARC Selangor (Alternative Riding Club Selangor) yang bermula semalam dengan sesi latihan bebas. Hari ini akan bermula pula sesi ujian masa bagi penentuan petak permulaan bagi perlumbaan yang akan berlangsung esok.

Berkonsepkan mesra kos, mampu, adil dan prihatin. Selangor Motor Race terbuka kepada semua peserta dan sesiapa yang memiliki lesen perlumbaan Automobile Association Malaysia (AAM) dan Motorsports Association Malaysia (MAM) yang sah. Tidak mengira samada tahap novice atau beginner, intermediate dan professional atau expert.

Acara ini terbuka kepada semua jenis jentera 4 lejang dan 2 lejang kecuali kategori scooter. Jentera yang dipertandingkan mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti jenis ubah suai yang tertentu, ini bertujuan bagi memberi saingan yang lebih adil diantara peserta. Ini merupakan inisiatif yang baik oleh pihak penganjur bagi memupuk budaya perlumbaan yang sihat dan dapat melahirkan pelumba dan krew yang berkualiti bagi masa akan datang.

Jadi, Malaysian Riders ingin mengajak semua peminat-peminat motosikal dan sukan permotoran untuk bersama-sama turun bagi menyokong Selangor Motor Race dan pelumba-pelumba yang terlibat. Kami akan cuba bawakan liputan terbaik untuk semua pembaca dan penonton kami.


One thought on “Selangor Motor Race

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s