Modenas Superbike?

Modenas 500 V3 KR.

Baru-baru ini kami ade siarkan sebuah artikel mengenai penjualan motosikal lumba oleh Proton yang digunakan pada kejuaraan dunia MotoGP pada tahun 2004. pasti ramai yang samar-samar tentang kewujudan motosikal tersebut dan mungkin ramai juga yang tidak pasti cerita disebalik jentera itu dan kenapa ia tidak diteruskan oleh syarikat tempatan Proton.

Modenas 500 V3 KR.

Selain dari itu, Modenas juga turut terlibat dalam pembikinan jentera-jentera perlumbaan ini. Pernah dengar tentang Petronas FP1? ia merupakan sebuah motosikal 3-silinder yang berkapasiti 899.5cc. Ia turut mendapat kerjasama dari Modenas dari segi pemasangannya . Selain itu, sebuah lagi jentera yang menarik perhatian kami adalah Modenas 500 V3 team Kenny Roberts. Jentera itu bukanlah dibina sepenuhnya oleh Modenas, namun tetap ada kerjasama antara pihak yang terlibat dan ini membuktikan Modenas sudahpun mempunyai  kepakaran sedikit sebanyak dalam mengendali jentera berkuasa tinggi.

Pihak Malaysian Riders kini sering mendapat pertanyaan dari pembaca dan penonton kami berkenaan bila Modenas boleh menghasilkan atau mengeluarkan jentera berkuasa tingginya sendiri. Kami agak terkesima dengan pertanyaan sedemikian kerana kami tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang perancangan dari Modenas sendiri. Apa yang pasti, Modenas pernah menyatakan bahawa selepas pelancaran ACE 115 mereka baru-baru ini. Modenas sudahpun dalam perancangan untuk pembikinan jentera baru, namun tiada apa-apa maklumat lanjut yang mereka berikan kerana ia masih lagi diperingkat awal penyelidikan.

Petronas FP1

Jadi, motosikal Modenas berkuasa besar masih belum boleh diberikan kata putus sama ada ia akan dibina atau tidak dalam waktu terdekat ini. Namun secara realistiknya, kami yakin bahawa syarikat yang kini berusia 17 tahun itu mampu untuk menghasilkan sekurang-kurangnya jentera 250cc yang kini semakin menjadi perhatian bagi penggemar jentera dua roda ini.

Advertisement

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s