Zulfahmi Kini Pencabar

Kini masuk pusingan ke-5 bagi siri Kejuaraan Moto3 yang menyaksikan wakil tunggal negara Zulfahmi Khairuddin beraksi dengan baik dan bersaing bersama pelumba-pelumba yang berkualiti di peringkat tertinggi untuk kejuaraan sebegini. Kejuaraan Moto3 kini didahului oleh Sandro Cortese dengan 67 mata keseluruhan buat masa ini. Diikuti oleh Maverick Vinales dan Luis Salom ditempat ke-2 dan ke-3.

Kejohanan yang boleh dikatakan sebagai pada awal saingannya dan masih banyak ruang dan peluang bagi pelumba-pelumba lain untuk mencabar kedudukan 3 teratas buat masa ini. Dalam satu laporan dari MOTOGP.COM baru-baru ini, Zulfahmi Khairuddin juga turut tersenarai sebagai pelumba yang mempunyai kebolehan untuk mencabar kedudukan tersebut dan melakukan kejutan bagi pasukan-pasukan lain.

Dari pemerhatian kami di Malaysian Riders, sememangnya ada kemungkinan tersebut untuk berlaku sekiranya dia mengekalkan rentak cemerlangnya dan lebih konsisten untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok 5 teratas. Dia dilihat mempunyai skill dan jentera yang baik untuk menjadikan ia sebagai satu kenyataan, namun setakat ini mungkin nasib kurang menyebelahi Fahmi yang terjatuh dalam pusingan terakhir di Perancis baru-baru ini.

Dalam sesi pertemuan dengan peminat baru-baru ini di Putrajaya bersempena hari belia. Zulfahmi dilihat ceria dan gembira atas sokongan yang diberikan oleh peminat-peminat sukan permotoran tempatan. Dia mengatakan bahawa dia sangat-sangat memerlukan sokongan tersebut dan menghargainya setiap masa. Penerbangannya semalam untuk kembali bersama pasukan untuk persiapan bagi pusingan ke-5 di Catalunya,Sepanyol dimana peminat-peminat sukan permotoran pastinya akan mendoakan kejayaan Zulfahmi pada perlumbaan akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s