Pemikiran: Kurangkan Alasan Tingkatkan Usaha

image credited to shrink4men

Hari ini, pihak Malaysian Riders rasa terpanggil untuk menulis tentang sesuatu yang agak merunsingkan dalam masyarakat Malaysia masa kini. Namun, apa yang akan ditulis disini tidaklah pula menujukan kepada mana-mana pihak dan kaum kerana kami tidak akan membuat sebarang pertuduhan tanpa fakta. Tetapi apa yang akan kami huraikan sememangnya sesuatu yang benar-benar berlaku dan ia pernah berlaku pada pihak Malaysian Riders sendiri.

Sering terjadi dalam kalangan masyarakat kita masa kini dimana ramai yang cepat menuding jari apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Selain itu, ramai juga yang lebih banyak memberi alasan namun tiada satu usaha pun yang disumbangkan bagi pembanggunan atau pembaikan sesuatu perkara. Apa yang terjadi tidak perlu kami tuliskan disini kerana ia akan memanjangkan lagi penulisan ini. Jadi, fikir-fikirkan sejenak apa yang pernah terjadi kepada diri masing-masing dan jujurlah dengan diri sendiri sekiranya pernah melakukan perkara sebegini.

Masalah yang kami bincangkan disini amat ketara berlaku dalam kalangan masyarakat kita, seringkali apabila sesuatu kecelakaan berlaku pastinya dengan pantas kita akan terus mencari kesalahan orang lain. Walaupun memang benar kesalahan itu datang dari sesebuah pihak, namun adalah lebih baik kita mengkritik dan memberi jalan penyelesaian dan turut sama dalam menyelesaikan masalah. Tidak perlulah kita membuang masa dengan bertelagah untuk membuatkan pihak yang bersalah malu dan lebih tertekan untuk memperbetulkan kesilapan mereka. Kami sendiri pernah membuat penulisan tentang perkara sebegini berlaku (Lihat Sini).

Kemudian, perkara yang menjadi perkara yang paling merosakkan dalam pandangan kami adalah sikap terlalu banyak memberi alasan tanpa menyumbang apa-apa kebaikan atau usaha untuk memperbetulkan sesuatu perkara. Ini merupakan penyakit yang sememangnya menjadi tulang belakang kepada kemunduran pembanggunan yang boleh kita lihat. Sebagai contoh, golongan-golongan peminat motosikal heboh mengatakan kekurangan litar-litar yang sesuai untuk kegunaan motosikal wujud di Malaysia ini. Namun, tidak pula ada mana-mana pihak yang memberi cadangan bagaimana perkara ini boleh diatasi.

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh
image credited to mlatenkota.org

Disinilah yang kami katakan, kurangkan alasan dan tingkatkan usaha. Kita sememangnya sedar bahawa masalah kekurangan litar ini sememangnya menjadi isu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Namun kita hanya fokus terhadap memberi alasan dan menyalahkan sesuatu pihak dalam menyediakan kemudahan ini. Pernahkah anda terfikir untuk mengumpul dana untuk menjayakan sesuatu projek berskala komuniti sebegini. Kami akan berikan contohnya disini:

Katakan ada peminat motosikal yang betul-betul inginkan litar lumba yang sesuai
Apa yang mereka boleh lakukan? Andai kata mereka ini berkemampuan untuk menyumbang katakan RM100 dan setiap hari ada 2500 orang yang menyumbang.
RM100 X 2500 Orang = RM250,000 (1 hari)
Katakan ia diteruskan selama 3 bulan  bersamaan lebih kurang 90 hari
RM250,000 X 90 hari = RM22,500,000 boleh dikumpul
Adakah ini cukup untuk membuka tender terbuka membina litar yang cukup untuk menampung keperluan pengguna motosikal? Sekiranya perkara begini sudah dilakukan lebih satu tahun yang lalu. Kita mungkin dapat membina sebuah lagi litar yang seluas litar Sepang.

Litar Ringkas (Kaeng Krachan Race Circuit – Thailand)

Adakah apa yang ditulis oleh pihak kami ini sebagai angan-angan kosong sahaja? Adakah mungkin ini terjadi dan bolehkan ia dikecapi? Sebab itu kami sentiasa berfikiran sebegini, duit diperlukan untuk kebanyakkan perkara namun duit bukanlah segala-galanya. Tidak perlu banyak memberi alasan, hanya perlu berusaha keras untuk mencapai kehendak yang diingini. Tidak mustahil jumlah yang kami anggarkan itu boleh diperoleh, tetapi sikap manusia perlu dikawal iaitu sikap tamak dan suka mengambil kesempatan. Sekiranya tenaga yang terlibat betul-betul ikhlas dalam mencapai impian ini. Tidak ada apa yang mustahil, renung-renungkan lah.

3 Comments

  1. Maaf tuan Admin.. sy ada satu idea… kalau dapat bawak ketengah pon alhamdulillah bagus juga… Untuk mengumpul dana dari rider bermotosikal sahaja mungkin kita tak cukup dana memandangkan ramai yg akan mendiamkan diri… kalau dapat digabungkan semua jenis sukan permotoran berkemungkinan kutipan dana akan jadi lebih memberansangkan… kita jangan lihat pembangunan track untuk rider motosikal sahaja… kita boleh perluaskan usaha kita untuk peminat sukan permotoran lain… contohnya peminat kenderaan 4roda… ini cuma pandangan sekecil zarah dari sy…

    1. Tak perlu minta maaf, kita perlu juga idea2 sebegini.. apa yang penting adalah kerjasama bersama untuk sama2 majukan sukan permotoran di Malaysia ini tanpa perlu mengharapkan bantuan dari pihak2 yang selama ini kurang mmeberi perhatian terhadap pembanggunan sukan ini.

  2. WADACS RESOURCES pemilik/promoter SELANGOR MOTOR RACE sdg mengusahakan negeri Selangor akan membina litar baru sepanjang 1.8 km dan 2 drag/sprint lane khusu utk peminat & penngiat sukan lumba motorsikal. Tempat/lokasi telah dikenal pasti hanya perkara urusan2 pentadbiran & proses2 dokumentasi yg melibatkan jabatan2 & agensi2 kerajaan serta perunding2 yg bertauliah masih perlu diselesaikan. Semoga dimudahkan jalan oleh Allah SWT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s