Jelajah Borneo BCM Tamat

Semalam, kami dari pihak Malaysian Riders sempat bertemu dengan wakil pihak BCM dan berita baik kami telah kami terima. Jelajah Borneo telah selamat tiba di Kuching selepas menempuh 25 hari jelajah ke seluruh pelosok Borneo. Sememangnya esuatu yang membanggakan kepada hasil usaha tenaga tempatan yang cuba membuktikan kebolehan jentera buatan tempatan mengharungi perjalanan yang hebat selama 25 hari ini.

Kini, kumpulan jelajah Biker Cover Magazine dan Modenas ini yang dianggotai oleh Tokwan, Shidee dan juga Pak Teh akan berehat selepas mengharungi perjalanan yang mencabar. Pihak BCM dan juga wakil Modenas akan semula kembali ke semenanjung tanah air pada 17 Jun 2012 sekiranya tiada apa perubahan dan kami akan mengusahakan dan mempersiapkan krew kami untuk hadir ke LCCT dalam memberi liputan dan sambutan kepada kepulangan mereka.

Buat masa ini, tiada butiran lengkap yang dapat kami siarkan kerana tiada informasi yang lengkap dapat kami perolehi dan kami menyarankan kepada pembaca untuk melawati laman mereka di http://www.bcm.my untuk melihat sendiri perjalanan mereka di sana. Kami dari Malaysian Riders amat berbangga dengan pencapaian mereka dan sememangnya menjadikan inspirasi kepada kami untuk turut berjaya seperti mereka. Apapun, kami akan terus memberik sokongan yang termampu kepada kedua-dua pihak ini iaitu Bikers Cover Magazine dan juga Modenas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s