BCM Selamat Tiba di Kuala Lumpur

Setelah hampir sebulan bertungkus lumus dalam mengharungi cabaran menjelajah Borneo dengan menggunakan motosikal hasil buatan tenaga tempatan iaitu jentera dari Modenas. Bikers Cover Magazine telah selamat tiba di Kuala Lumpur setelah menamatkan jelajah Borneo mereka secara rasmi pada 10 haribulan Jun 2012. Kami dari Malaysian Riders sempat menjengah kepulangan mereka ke semenanjung tanah air semalam dan sempat kami lakukan temubual bersama “Tok Wan” editor bagi Bikers Cover Magazine dan juga selaku rider bagi jelajah ini.

Hasil dari temubual kami bersama “Tok Wan”, beliau mendedahkan bahawa jelajah ini bukanlah yang terakhir dari pihak BCM. Beliau menyatakan bahawa mereka kini aktif dalam perancangan bagi menyambung jelajah mereka yang seterusnya di Negara Jiran iaitu Indonesia. Pihak Malaysian Riders sememangnya berbangga dengan usaha dari pihak BCM dan sentiasa akan memberi sokongan padu pada mereka dengan harapan usaha mereka ini akan dapat dijadikan sebagai salah satu platform bagi mempromosi aktiviti permotoran yang sihat kepada seluruh rakyat Malaysia.

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s