Insurans dan Penunggang

gambar hiasan (http://www.schmidtkaye.com)

Pihak Malaysian Riders baru-baru ini dihubungi oleh salah seorang pembaca kami bagi bertanyakan tentang masalah yang dihadapinya berkaitan dengan urusan Insurans dan motosikalnya. Banyak kekurangan fahaman dan kekeliruan dari pengguna atau penunggang itu sendiri dalam mengendalikan urusan insurans dan yang berkenaan dengannya. Ini terjadi atas sebab kurangnya didikan atau penerangan yang jelas dari pihak yang bertanggungjawab memberi servis insurans tersebut.

Kami merasakan bahawa ini tidak sepatutnya berlaku dan perlu diperbetulkan dengan usaha dari pihak insurans dan mungkin juga pihak media dalam bekerjasama bagi memberi pendidikan secara telus kepada pengguna agar tidak berlaku kekeliruan yang boleh menjejaskan urusan kendalian tuntutan bagi sesuatu masalah. Ini kerana terlalu ramai yang hanya membeli insurans tanpa memahami sepenuhnya proses yang perlu dilakukan sewaktu permasalahan yang mungkin berlaku.

Gambar Hiasan

Kami dari Malaysian Riders sendiri tidak mempunyai kefahaman yang baik tentang perakara ini. Oleh itu, pada masa akan datang kami akan cuba bawakan sebuah penulisan atau lebih baik sebuah filem pendek bagi memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan dengan insurans dan sebagainya. Sekiranya terdapat dari kalangan pembaca kami mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perkara berkaiatan insurans ini. Bolehlah emelkan penulisan anda atau menghubungi kami bagi membuat perjumpaan ringkas untuk menjelaskan perkara sebegini.

Boleh emelkan hasrat anda melalui alamat malaysianriders[at]gmail[dot]com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s