Gambar hiasan

Baiklah, hari ini Malaysian Riders akan membincangkan satu topik santai sedikit. Isuyang kami ingin timbulkan ini bukanlah sesuatu yang terlalu kritikal atau serius, malah tidaklah menjadi isu langsung dari kami dan pihak lain kecuali mungkin beberapa pihak tertentu yang kami tidak ketahui. Bagi tidak memperlengahkan lagi penulisan kami ini, isu yang ingin kita bincangkan hari ini adalah berkenaan kewujudan atau kehadiran gadis-gadis yang berpakaian seksi dan mengikut tema pasukan lumba atau jenama sewaktu minggu perlumbaan.

Image credited to majalahkapcai.blogspot.com

Mereka lebih dikenali sebagai gadis litar atau “grid girls” dalam bahasa mat salehnya. Jadi apa yang Malaysian Riders ingin bincangkan? Kami hanya ingin berkongsi buah fikiran kami tentang apa sebenarnya tugas gadis litar ini selain dari memegang payung untuk pelumba dan menghiasi minggu perlumbaan agar tidak terlalu hambar dan membosankan apabila ia dipenuhi dengan lelaki-lelaki yang berpeluh dan berminyak yang sekaligus memberi pemandangan yang kurang menarik buat penonton-penonton atau pengunjung khususnya dari jantina lelaki itu sendiri.

image credited to zamfoto.com

Tetapi, apakah perlu untuk gadis-gadis ini memakai pakaian yang terlalu menjolok mata? Ya, tidak disangkalkan penulis sendiri pun pernah melihat gadis-gadis itu. Namun, apa yang perlu kita fikirkan disini adalah keperluan mereka untuk memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Baiklah, sebelum itu ingin kami ingatkan bahawa kami tidak akan siarkan gambar-gambar yang terlalu ekstrem disini bagi menghormati tegahan agama dan juga menjaga kesopanan sekiranya ada pembaca kami yang tergolong dari kelompok bawah umur.

image credited to daylife.com

Pandangan kami mungkin ada pihak yang tidak boleh terima, namun ia adalah demi menjaga identiti kita sebagai negara timur dan negara yang mempunyai agama rasmi sebagai agama Islam. Tidak salah untuk gadis-gadis ini turut serta dalam acara sebegitu, namun sekiranya dapat memberi penampilan yang lebih sopan ala-ala gadis litar Fly Emirates pun sudah memadai. Dari situ juga, pereka-pereka fesyen tempatan boleh mengasah kreativiti mereka bagi menyiapkan pakaian yang tampak indah namun masih mengekalkan kesopanan. Penganjur juga perlu memainkan peranan dalam hal ini agar ia boleh dilaksana dengan lebih berkesan.

2 responses to “Gadis Litar..”

  1. honeybunny Avatar

    setuju sgt….skang ni GADIS LITAR kat Malaysia ni org melayu bknnya bangsa lain….tak sesuai
    jugak la yg melayu ni nk pakai dedah segala…..mcm nk jual badan je…..

  2. Zainuren Kalil Avatar

    Dengan pakaian traditional yang simple lagi nampak menarik….barulah teserlah budaya dimalaysia……lagi pun pengunjung yg hadir menyaksikan perlumbaan bukannyer semua 18 tahun keatas….

Leave a reply to Zainuren Kalil Cancel reply

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger