5 Julai yang lalu, pihak Malaysian Riders telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran kilang pemasangan motosikal Benelli dan Keeway di Bukit Beruntung. Ia merupakan satu langkah yang diambil oleh Benelli Keeway Motorcycle Sdn Bhd dan QianJiang Group of China (QJ) bagi memperkenalkan dua jenama tersebut (Benelli dan Keeway) kepada pasaran tempatan. Pihak Malaysian Riders sememangnya mengalu-alukan kemasukan lebih banyak jenama motosikal kedalam arena permotoran motosikal tanah air.
Tapak kilang dan kemudahannya yang terletak di Bukit Beruntung ini berkeluasan 109,644 kaki persegi, namun buat masa ini keluasan kilang yang sudah beroperasi adalah berkeluasan 28,000 kaki persegi. Dengan adanya kilang pemasangan ini, pihak Benelli Keeway Malaysia boleh menyiapkan jentera yang diberi hak pemasangan untuk pasaran tempatan dan juga pasaran Asia Tenggara.
Beberapa buah jentera sememangnya menarik perhatian kami dari kedua-dua jenama. Benelli yang sememangnya sudah lama bertapak dalam industri motosikal sejak tahun 1911 dan kini yang dimiliki oleh Qianjiang Group masih mengekalkan pusat R&D mereka di Pesaro, Italy. Benelli Tornado Naked TRE yang sememangnya mempunyai reka bentuk yang cantik begitu menarik untuk dilihat dan kami agak teruja dengan jentera ini. Kami berharap dapat membuat sesi ulasan bersama jentera yang beharga RM61,999.00 (bukan OTR).
Keeway pula menjadi pula boleh menjadi pilihan alternatif dengan harga yang jauh lebih murah, Keeway Dorado yang berkapasiti 250cc ini diletakkan pada harga RM11,999 (bukan OTR). Ini sememangnya sebuah tawaran yang menarik bagi peminat jentera jenis cruiser yang baru sahaja menceburi alam permotoran dan ingin menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan cara pengendalian motosikal sebegini.
Kami dari Malaysian Riders berharap Benelli Keeway Malaysia dapat terus memesatkan lagi industri permotoran tanah air, sesuai dengan hasrat negara untuk mencapai status negara maju satu hari nanti. Apapun, kami akan cuba dari semasa ke semasa untuk memberi info-info yang terkini bagi jenama Benelli dan Keeway ini.
plsss!lhaa benelli..bwk msok benelli tornado 1130 plss!!!!
hello…kilang dimana?…nak beli sport rim utk jenis motard….
Kilang seperti disebut.. Dekat Bukit Beruntung..
keeway rkv200 ni ok ke enjin nya?Boleh tahan ke utk long distance hari2?