Grand Prix Belgium telah digemparkan oleh satu eksiden buruk di mana Pemandu Formula Satu Perancis, Romain Grosjean telah menyebabkan kemalangan buruk di selekoh pertama perlumbaan dan juga menyebabkan beberapa pelumba terkenal dan termasuk beliau tidak dapat meneruskan perlumbaan tersebut.

Perlumbaan tersebut dibayangi dengan pemanduan bahaya daripada pemandu Lotus iaitu Grosjean dan Williams, Pastor Maldonado dari Venezuela. Namun, yang agak menyedihkan ialah Grosjean akan digantung satu perlumbaan dan didenda sebanyak 50,000 euro (RM 196,000) dan beliau juga bakal terlepas perlumbaan di Monza, Itali hujung minggu ini.

Pasukan Lotus kemungkinan akan masukkan pemandu simpanannya daripada Belgium, Jerome D’Ambrosio untuk mengantikan tempat Gorsjean untuk perlumbaan di Monza, Itali tetapi pihak Lotus masih belum membuat sebarang keputusan akhir lagi. Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan sila LIKE laman Facebook dan ikuti Channel Youtube kami untuk mendapatkan berita dari kami dengan lebih mudah.