Industri automotif negara khususnya permotoran bagi jentera 2-tayar telah diperkenalkan lebih dari 17 tahun terdahulu dengan penubuhan syarikat Motosikal dan Enjin Nasional yang dilancarkan pada tahun 1995. Syarikat ini diberi kepercayaan bagi menjadi pemangkin kepada industri kejuruteraan enjin bagi memacu ekonomi negara dalam sasaran menjadi negara maju.
Namun, setelah melepasi lebih 10 tahun negara Malaysia mempunyai kepakaran untuk pembikinan jentera 2 tayar kita masih belum dapat mencapai tahap yang membanggakan. Kami tidak menyangkalkan bahawa ia merupakan industri yang sukar bagi sesebuah organisasi untuk menembusi pasaran yang sememangnya mempunyai daya saing yang tinggi dan permintaan kualiti yang sangat teliti.
Dari aspek apa yang menjadi penelitian dari pasaran tempatan? Mengikut pemerhatian kami tentang pasaran Malaysia, pengguna disini lebih memfokuskan terhadap penampilan atau nilai estetika tetapi harga juga menjadi aspek yang penting untuk menjadi kompetetif. Tetapi, ia sukar untuk dikecapi apabila harga yang diharapkan menjadi faktor negatif terhadap kompromi dalam aspek kualiti kerja.
Adakah industri permotoran 2 tayar di Malaysia menjadi kurang meriah dengan kekurangan penyertaan dari syarikat tempatan kedalam industri ini. Kesuraman industri ini kami rasakan menjadi penyebab kenapa kurangnya daya kompetetif dari syarikat luar dalam membuat saingan kompetetif untuk pasaran tempatan. Jadi apa pun, kami harapkan pasaran motosikal di Malaysia akan dapat menjadi lebih meriah dan dipenuhi dengan persaingan antara syarikat-syarikat motosikal ini.