EMPULSE R, model motosikal elektrik yang ke-3 di dunia yang dikeluarkan oleh Syarikat Brammo. Syarikat Brammo Inc. ditubuhkan di Ashland, Oregon, Amerika Syarikat pada tahun 2002 dan syarikat ini asalnya mengeluarkan kereta elektrik pertamanya pada tahun 2004 sehingga 2008 iaitu Enertia GT, Pro GT, Rogue GT dan Ariel Atom. Pada tahun 2009 sehingga 2011, Brammo Inc. beralih fokus ciptaanya daripada kereta elektrik kepada motosikal elektrik. Brammo Inc. mengeluarkan motosikal prototype mereka yang pertama iaitu Enertia Powercycle dan sambutan masyarakat agak membrangsangkan dalam permulaan jualan motosikal mereka pada bulan Ogos sehingga September, 2008.

Kalau dilihat daripada segi bentuk badan Empulse R yang agak segak, gagah dan anggun. Tetapi, apakah kelebihan motosikal elektrik ini sebenarnya?.Daripada segi prestasi motosikal ini, kelajuan motosikal ini mampu mencapai 100 + mph (160 + km/h) dan ia mampu bergerak dalam lingkungan jarak tunggangan di bandar ialah 121 kilometer (195 km). Jika anda menunggang di Lebuhraya pula, lingkungan jarak tunggangan boleh mencapai 56 kilometer (90 km). Empulse R juga dilengkapi dengan teknologi tinggi seperti Brammo DDC(Dynamic Data Collection) yang membolehkan sistem tersebut merakam rekod parameter kunci motosikal pada jarak 1Hz (1 saat/contoh) untuk analisa dan juga khidmat sokongan pada motosikal tersebut. Empusle R juga dilengkapi 2 Mod Operasi untuk kawalan kelajuan motor pada kawasan tertentu iaitu Mod Biasa dan Mod Lumba bagi menjimatkan tenaga elektrik yang ada pada motosikal tersebut.

Ini juga salah satu langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran udara diseluruh dunia. Jadi, kemungkinan di masa hadapan kita dah mula menggunakan pengangkutan tanpa minyak petrol lagi. Untuk maklumat lanjut anda boleh melawati laman sesawang mereka di www.brammo.com dan anda juga boleh menonton video motosikal tersebut di laman Youtube mereka iaitu Brammo Official YouTube Channel.
Sila LIKE laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE channel YOUTUBE kami.