Adakah Topi Keledar Penjamin Keselamatan Anda?

Image credited to malaysianbikers.com.my

Topi keledar, adalah sejenis topi keselamatan untuk setiap penunggang motosikal diatas jalan raya. Ciptaan topi keledar ini tidak dikhususkan pada jenis motosikal tetapi atas dasar faktor keselamatan diri semasa menunggang motosikal. Pelbagai jenis topi keledar yang dicipta oleh syarikat pengeluar di seluruh dunia pada zaman ini, tetapi adakah topi keledar yang dikeluarkan benar-benar menjamin keselamatan diri anda?. Terdapat 3 jenis topi keledar yang dicipta, contohnya seperti Topi keledar penuh (Full face), Topi keledar 3/4 dan Topi keledar separuh.

Image credited to myspace.com

Adakah anda pernah persoalkan tentang jenis topi keledar yang digunakan sekarang dapat menjamin keselamatan diri anda?. Mungkin sesetengah masyarakat tidak pernah terfikir langsung tentang keselamatan pada topi itu. Topi keledar yang kita beli itu sebenarnya untuk keselamatan pada bahagaian kepala kita sendiri bukannya untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain. Ataupun kita malas nak fikirkan tentang kelebihan pada topi keledar itu sama ada ia boleh menjamin keselamatan kita atau tidak. Kita seharusnya tidak perlu malu tentang topi yang akan kita beli itu, sekirannya ia memang boleh menjamin keselamatan dan bukannya kita letakkan motosikal yang kita gunakan sekarang sebagai bahan rujukan dalam sesi pembelian topi keledar itu. Marilah kita ubah cara pernilaian kita terhadap cara pembelian topi keledar itu tanpa merujuk pada motosikal yang digunakan. Cubalah renung semula, adakah ia berbaloi dengan keselamatan diri kita itu ataupun tidak.

Image credited to pengajianam900.forumotion.com

Sekirannya topi keledar itu harganya agak mahal ataupun ia mejangkaui dana kita sendiri. Cubalah menyimpan wang saku anda sedikit demi sedikit untuk keselamatan diri anda di masa hadapan. Ia juga boleh mengurangkan risiko bahaya yang mungkin akan anda hadapi di waktu kemalangan nanti.

 

 

 

Advertisement

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s