MotoGP 2012 di Litar Sepang, Malaysia, ini adalah kemuncak penantian kepada seluruh peminat motosikal di Malaysia dan mungkin juga ada yang tidak sabar lagi untuk menjejakkan kaki di Sepang International Circut (S.I.C) nanti. Perlumbaan MotoGP ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu MotoGP, Moto2 dan Moto3 dengan berdasarkan kelas motosikal itu sendiri.

Upacara pembukaan dalam sesi latihan di GRAN PREMIO IVECO DE ARAGÓN telah dijalankan pada 28 September 2012 baru-baru ini. Wakil perlumba motosikal Malaysia iaitu Zulfahmi Khairuddin daripada kumpulan AirAsia-Sic-Ajo telah menunjukkan prestasi yang membrangsangkan dalam sesi latihan ini. Zulfahmi cuba pertingkat lagi kemahirannya untuk 2 perlumbaan yang bakal dia hadapi ini sebelum ke Litar Sepang, Malaysia. Kalau boleh kita hendak lihat anak jati Malaysia menaiki podium pertama yang mendapat tahta juara disini nanti.
Pelbagai persiapan dibuat oleh AirAsia-Sic-Ajo untuk Zulfahmi dan dia mungkin akan cuba sehabis baik untuk merampas tahta tersebut nanti. Sekarang ini masih terdapat 1 tempat perlumbaan MotoGP yang belum dijalankan lagi sebelum sampai ke Litar Sepang, Malaysia.