
Wakil tunggal Malaysia dalam persaingan Moto3 Zulfahmi Khairuddin akan berentap kali ini di GRAN PREMIO IVECO DE ARAGÓN. Beliau yang akan bermula dari petak ke-7 perlu bangkit dari apa yang dicapainya sekarang kerana beliau sudah membuktikan bahawa jenteranya dan kebolehannya mampu untuk bukan sekadar bersaing tetapi untuk mengungguli perlumbaan.

Dengan catatan masa 2’02.387 dan kelajuan tertinggi sepantas 231km/h yang diperoleh dari jentera KTM yang ditunggangnya. Namun begitu, kita sebagai peminat sukan permotoran juga perlu memberi sokongan dan menyasarkan keputusan yang realistik buat Zulfahmi yang baru sahaja 2 tahun dalam arena perlumbaan ini dan kini dia sememangnya menunjukkan persembahan yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Pihak Malaysian Riders dengan ini mengajak seluruh peminat sukan permotoran untuk memberi sokongan dari pelbagai aspek dan kami juga ingin menyeru dalam waktu sama kepada semua pihak yang tak mahu terlepas peluang untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP tahun ini tidak membuang masa untuk mendapatkan tiket Malaysian Motorcycle Grand Prix yang semakin terhad. Lawati laman SEPANG CIRCUIT untuk keterangan lanjut dan informasi lebih tepat.

Teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan jangan lupa untuk LIKE dan SUBSCRIBE laman FACEBOOK dan YOUTUBE kami untuk mendapatkan kemaskini yang terbaru dengan lebih mudah. Dalam masa sama, sesiapa yang LIKE laman FACEBOOK kami berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dalam waktu terhad ini.
gooo doni tata
tolong dibantu yaaa…
http://nakawara.wordpress.com/2012/10/07/prediksi-rupa-er-250-ninja-street-fighter/
Matik fighter nihh…
http://nakawara.wordpress.com/2012/10/07/yamaha-ray-kira-kira-cocok-gak-dibawa-kemari/