Akhirnya, dokumentari yang berunsurkan penjelajahan menggunakan motosikal pertama dari Malaysian Riders dengan kerjasama Bikers Cover Magazine kini telahpun disiapkan. Apa yang kami lakukan ini adalah semata-mata untuk menambah warna dan pilihan kepada peminat arena permotoran tempatan, khususnya untuk peminat jentera dua tayar yang ada di seluruh Malaysia.
Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat penonton kami yang selama ini telah menyokong kami secara langsung atau tidak langsung. Dengan ini, kami memohon maaf atas segala kekurangan dari pihak kami dan akan kami cuba perbaiki dalam projek filem-filem akan datang.
Apapun, sila tonton Festive Journey with Honda dibawah dan jangan lupa untuk kongsikan ia bersama rakan-rakan anda agar kami dapat menerima maklum balas yang lebih baik untuk memperbaiki usaha kami akan datang.