Honda MotoGP Atas Jalan

image credited to http://www.motorcyclespecs.co.za

Honda dan MotoGP bukanlah sesuatu yang baru bagi pembuat motosikal dari negara Matahari terbit itu. Penyertaan mereka dalam sukan permotoran antarabangsa itu sememangnya membukitkan mereka antara nama yang mendominasi sukan itu dengan kebolehan merekabentuk jentera yang kompetitif dan juga terbaik sepanjang pengelibatan mereka dengan kejohanan itu.

Dalam waktu sama, Honda juga ingin menjadi kuasa dominan dalam industri global ini dengan jentera produksi mereka seperti jentera CBR yang menjadi punca revolusi kepada motosikal jenis supersport. Kini, pihak Honda dikatakan akan membawa teknologi yang mereka perolehi dari kejohanan MotoGP keatas jalan. Kemungkinan besar, enjin V4 akan digunakan dan ini bakal membawa nafas baru semula dalam jentera produksi dari Honda setelah sekian lama meninggalkan jenis enjin sebegitu dengan memfokuskan terhadap enjin inline-4.

Dari apa yang dapat kami sahkan setakat ini, berita ini sememangnya bukan lagi satu omongan kosong pihak media seluruh dunia kerana pihak Honda sendiri telah memberi gambaran bahawa ia telahpun dalam tempoh kajian dan pembikinan peringkat RnD. Namun begitu, tiada kata putus tentang bila ia akan menerjah ke pasaran buat waktu ini. Tetapi, ramai pihak yang telah berspekulasi bahawa ia mungkin akan memasuki pasaran pada tahun 2014 nanti.

Apapun, kami gembira dengan cerita ini sekiranya ia menjadi kenyataan kerana ia akan mengembalikan era kegemilangan RC30 dan RC45 yang satu masu dahulu menjadi kemegahan Honda di atas jalan raya. Teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan sila LIKE lama FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE laman YOUTUBE kami untuk mendapatkan informasi dan kemaskini yang terkini dengan lebih mudah.


2 thoughts on “Honda MotoGP Atas Jalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s