
Selepas tidak lebih dua bulan kami mengeluarkan cerita tentang jentera yang menjadi perbualan orang ramai iaitu jentera Kawasaki Ninja 250R 2013 yang telahpun memasuki pasaran di Indonesia. Komuniti permotoran 2 tayar di Indonesia sudah sibuk menceritakan bahawa akan datang Kawasaki akan mengeluarkan sebuah lagi variasi dari jenis 250cc untuk konfigurasi naked pula.
Walaupun ia masih di tahap khabar angin, namun berita ini sudah hangat diperkatakan dalam kalangan pengikut perkembangan motosikal di Indonesia dan mungkin juga di Malaysia. Tiada apa yang boleh diperkatakan buat masa ini tentang spisifikasi jentera ini kerana pihak Kawasaki sendiri belum lagi membuat apa-apa pengumumuman tentang pengeluaran jentera yang diperkatakan.
Apapun, pihak Malaysian Riders agak teruja dengan kehadiran cerita sebegini kerana ia memberi warna kepada industri permotoran tempatan dan serantau khususnya bagi jentera dua tayar. Kami berharap berita ini dapat menjadi realiti kerana ia secara tidak langsung akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna motosikal untuk memilih jentera berkapasiti kecil yang cukup kuasa dan mempunyai rupa yang menarik untuk digunakan sebagai tunggangan harian.