RSV4 Factory dan Max Biaggi

image credited to visordown.com

Penunggang kelas dunia, jentera terhebat dan pasukan yang mantap. Itu semua menjadi faktor kepada kejayaan Max Biaggi dalam menjadi jaguh dunia untuk kategori Superbike pada kejohanan World Superbike Championship 2012. Ramai yang teruja dengan kemenangan beliau walaupun tidak menamatkan RACE 2 pada pusingan terakhir tempoh hari sebagai pemenang.

Namun, beliau tetap menjadi jaguh dunia yang sememangnya membuktikan bahawa jentera Aprilia merupakan jentera yang perlu ditewaskan untuk musim akan datang. Aprilia RSV4 Factory, sebuah motosikal yang mempunyai keunikan dari segi prestasi dengan segala jenis pelarasan yang boleh dilakukan kepada setiap aspek chasis dan kendaliannya.

Jadi, apakah pasukan Aprilia Racing Team dan Max Biaggi akan dapat mempertahankan kejuaraan mereka dalam musim akan datang? Itu semuanya hanya menjadi persoalan dan kini apa yang penting adalah menyambut kemenangan Max Biaggi buat kali ke-2 sebagai juara dunia. Pihak Malaysian Riders turut merasa gembira dengan kejayaan beliau selepas menyaksikan usaha beliau yang tinggi dan pelbagai cabaran yang perlu dihadapinya sepanjang musim yang bukan mudah baginya dan pasukannya.

image credited to Malaysian cubprix

Namun apa pun, kami berharap satu hari nanti. Penunggang dari Malaysia dapat juga menyertai dan menjadi pesaing yang kuat dalam area permotoran dua tayar antarabangsa dengan harapan dapat mengharumkan nama negara. Mungkin Zulfahmi atau Hafiz Shahrin yang kini menjadi sandaran, tetapi kita perlulah sentiasa berusaha melahirkan lebih ramai pelumba berbakat agar dapat diketangahkan usaha mereka di peringkat yang tertinggi.

1 Comment

  1. Setuju dengan MR. Usaha perlu diteruskan supaya bakat baru dari usia seawal 11 tahun sudah boleh dibentuk. Di Selangor Motor RACE, kategori JUNIOR membenarkan pelumba seawal usia 11 tahun untuk berlumba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s