Seperti yang kita semua sedia maklum, sememangnya arus perkembangan teknologi dunia permotoran telah memaksa jentera yang menggunakan teknologi 2 lejang untuk dipinggirkan sama ada dari aspek produksi secara besar-besaran ataupun untuk kegunaan khas bagi perlumbaan. Perkembangan ini bukanlah sesuatu yang buruk namun kesannya terhadap jentera 2 lejang menyebabkan kita terlupa bahawa salah satu platform yang baik untuk pembentukan seseorang penunggang berkaliber kini telahpun dipinggirkan dari semua kejohanan bertaraf antarabangsa.

image credited to visordown.com

Perlumbaan MOTOGP di Aragon baru-baru ini menjadi lokasi terakhir buat perlumbaan Red Bull Rookies Cup yang mana penunggang-penunggang yang terlibat diberikan jentera KTM 125 yang sama dengan hanya dipisahkan oleh kebolehan masing-masing. Sebaik sahaja tamat perlumbaan tersebut, maka secara rasminya perlumbaan bagi kategori 2 lejang kini telah hilang dari kewujudannya di peringkat antarabangsa. Kita bertuah kerana wakil penunggang dari Malaysia sempat untuk menyertai kejohanan ini iaitu adik Hafiq Azmi.

Walaupun kejohanan itu sudahpun melabuhkan tirainya dan ia tidak akan disambung untuk musim akan datang dengan jentera 2 lejang, kita masih lagi boleh meneruskan kesinambungan teknologi 2 lejang ini melalui peringkat kelab dan sebagainya. Ini bagi memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk merasai dan menimba pengalaman dan skill bagi mengendalikan jentera 2 lejang yang mempunyai karakteristik berlainan dari jentera moden yang menggunakan teknologi 4 lejang.

Video di bawah merupakan rakaman kami untuk jentera 2 lejang dari Kawasaki yang ditunggang didalam litar Antarabangsa Sepang.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger