
GIVI Itali, syarikat pengeluar barang aksesori motosikal terbesar di dunia. Syarikat GIVI utama terletak di daerah Flero, Brescia, Itali. Di Asia tenggara pula, pengeluar terbesar adalah di Malaysia dan diuruskan oleh Mr. Joseph Perucca (Overseas Operational Manager), Mr. On Hai Swee (Managing Director of GIVI Asia Sdn. Bhd.), Mr. On Thiam Chai (Chairman of GIVI Asia Sdn. Bhd.), Mr. Vincenzo Visenzi (Vice President of GIVI Group) dan Mr. Fabrizio Vergamini (Italian Business Attache’).
Bagi syarikat GIVI sendiri, ia adalah satu kejayaan besar dalam segi pengeluaran barang aksesori di pasaran Asia Tenggara. GIVI juga tidak lupa untuk memberikan sokongan kepada perlumba muda MotoGP terutamanya kepada Stefan Bradl daripada pasukan LCR Honda MotoGP. Bagi GIVI, ia adalah salah satu langkah untuk memberi penghargaan, penghormatan dan semangat kepada perlumba muda itu.
Mungkin tidak lama lagi, pihak GIVI dan LCR Honda MotoGP akan membawa masuk perlumba tempatan di Malaysia untuk bersama dengan pasukan mereka dan Stefan Bradl dalam perlumbaan MotoGP. Kami disini akan menyokong dan berharap hasrat murni mereka akan terus berkekalan untuk selamanya.