
Dengan tidak lebih 30 hari sahaja tinggal dalam bulan Disember tahun ini, ia memberikan gambaran bahawa musim perlumbaan 2012 bakal menutup tirai sepenuhnya dengan hanya tinggal Selangor Motor Race yang bakal dilangsungkan di litar go-kart Shah Alam pada 14,15 dan 16 haribulan 12 akan datang. Jadi apakah yang boleh kita katakan tentang keseluruhan kejohanan yang telah berlangsung tahun ini.
Saban tahun kita menyaksikan CubPrix berlangsung yang menjadi platform utama untuk pelumba tempatan mengembangkan sayap mereka dalam industri sukan permotoran ini. Tidak dapat disangkalkan lagi ia merupakan platform yang telah berjaya menghasilkan pelumba yang bertaraf antarabangsa dan akan terus menjadi platform yang menjadi penjana kepada arus sukan permotoran tempatan pada masa akan datang.

produk kejohanan tempatan
Selain itu, kejohanan lain seperti kejohanan MSS yang turut menjadi platform kepada penunggang tempatan untuk mengasah bakat dalam siri perlumbaan dengan jentera berkuasa tinggi seperti supersport dan juga superbike atau superstock. Namun, kurangnya promosi dari pihak penganjur untuk menarik peminat sukan permotoran untuk turun bagi menyaksikan perlumbaan yang diadakan sedikit mencacatkan pemandangan sukan ini yang boleh dikatakan seperti “masuk bakul angkat sendiri”. Kami dari pihak Malaysian Riders juga sebagai media bersedia untuk membawakan rancangan kami kepada kejohanan ini sekiranya diizinkan.
Banyak lagi kejohanan lain seperti Malaysian Supermoto Series yang tidak boleh disishkan kerana ia merupakan sebuah platform yang baik untuk melahirkan penunggang yang berkaliber. Jadi apa yang boleh diperkatakan dengan musim ini adalah, ia berjalan seperti biasa dengan beberapa kebangkitan yang boleh dipuji seperti Selangor Motor Race. Namun, pihak penganjur perlulah mempromosikan dengan lebih baik setiap kejohanan ini bagi menjadikan ia lebih dari sekadar platform untuk pelumba malah menjadi patform kepada kegiatan sosial yang positif kepada masyakarat dengan secara tidak langsung membudayakan sukan permotoran di Malaysia.
Tahniah kepada semua pemenang!