image credited to http://webodysseum.com
image credited to http://webodysseum.com

Selangor Motor Race mungkin bukanlah sebuah kejohanan terbesar di dunia mahupun di Malaysia. Namun begitu, mereka sememangnya mempunyai cita-cita yang besar dalam mewarnai industri sukan permotoran tempatan khususnya buat jentera dua tayar. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, tentu sekali semua pihak telah merasai bagaimana kadangkala kita terpaksa berhempas pulas dalam mencapai sesuatu keinginan. Sama senarionya buat organisasi kejohanan perlumbaan yang dikenali sebagai SMR ini dalam mencuba untuk mencapai cita-cita mereka.

Pihak Malaysian Riders bukanlah asing dengan organisasi “SMR” ini kerana pernah dan masih terlibat dalam sebuah projek filem dokumentari pendek tentang perlumbaan. Namun begitu, penulisan ini bukanlah tempat untuk kami membincangkan tentang projek tersebut. Disini, kami terpanggil untuk menyentuh satu usaha yang giat dijalankan oleh organisasi tersebut dalam merealisasikan sebuah acara yang bakal menjadi titik sejarah dalam dunia permotoran tempatan. Walaupun ia bukanlah satu acara yang terlalu besar jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di negara eropah, namun begitu ini merupakan langkah pertama untuk Malaysia mencatat perkembangan positif kearah mencapai tahap yang lebih tinggi yang bertaraf antarabangsa.

smr

Pada 9 dan 10 mac 2013 ini, sebuah litar sementara bakal digunakan untuk sebuah acara yang dikenali sebagai “SELANGORKU PeBT SEPANG ARC TRACKDAY”. Ia bakal berlangsung di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi dengan kerjasama beberapa pihak bagi menjayakan usaha yang sememangnya berani dalam mencuba memberi alternatif kepada peminat sukan permotoran tempatan dalam merasai suasana yang berbeza. Satu  kenyataan yang berani dari mereka adalah, ia bakal menjadi sebuah litar ala-ala TT IOM (Isle of Man) yang terbukti menjadi sebuah acara yang berprestij dalam persada dunia permotoran ini. Kami pernah menulis tentang ISLE OF MAN DAN MALAYSIA dimana kami berharap kejohanan seumpamanya dapat dianjurkan di Malaysia.

Oleh itu, kami memuji usaha yang diberikan oleh pihak ARC, Selangor Motor Race dan pihak lain yang turut bekerjasama dalam menjayakan acara yang bakal berlangsung pada Mac 2013 akan datang. Ini kerana, bukan mudah untuk menjayakan sebuah acara seperti IOM TT ini kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Namun begitu, tidak ada apa yang mustahil. Dengan usaha, kerjasama dan sokongan yang secukupnya. Acara yang diusahakan ini pasti boleh menghidupkan sebuah tradisi baru untuk acara sukan permotoran tempatan.

Oleh itu, kami di Malaysian Riders ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pihak ARC dan SMR dalam menyemarakkan lagi dunia permotoran tempatan. Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mendapatkan berita-berita terkini yang berbeza dalam dunia automotif dan sukan permotoran tempatan dan antarabangsa. Sila LIKE laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE kepada YOUTUBE CHANNEL kami untuk dapatkan informasi dan rancangan yang menarik dari Malaysian Riders.

Leave a comment

Previous Post
Next Post

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger