
Apabila pihak Malaysian Riders hadir pada pusingan pembukaan Malaysian Super Series 2013, seperti yang dijangkakan. Ia cukup meriah dengan penglibatan pasukan-pasukan yang bertanding dan tidak cukup juga dengan kehadiran pihak-pihak media atau jurugambar. Namun begitu, ia tidak cukup untuk menggambarkan ia sebagai sebuah kejohanan peringkat Nasional yang boleh dibanggakan.
Kehadiran penyokong atau penonton adalah pada tahap yang memalukan. Kami tidak pasti sekiranya kemasukan dikenakan bayaran atau tidak, tetapi dengan tidak sampai satu ribu pengunjung yang hadir cukup untuk membuat pihak Malaysian Riders rasa sedikit terkilan. Dengan arus perkembangan sukan permotoran tempatan yang kini boleh dikatakan berada pada tahap yang membanggakan seperti Zulfahmi dan Hafizh yang beraksi diluar dari kepompong kejuaraan Asia. Nampaknya, ia masih belum cukup untuk menjadi pemangkin kepada sokongan yang diperlukan untuk kejohanan tempatan.
Pelumba seperti Ahmad Fuad, Zakhwan Zaidi yang bukan sahaja berkasi dalam kejohanan ini, malah dalam kejohanan lain seperti Asian Road Racing beraksi dengan hanya tontonan ratusan ribu kerusi kosong. Suasana dari sudut pandangan pelumba-pelumba ini tidak jauh beza hanya sekadar seperti bersiar-siar didalam litar. Jadi dengan itu, kami berharap lebih ramai yang meminati sukan permotoran untuk turun memberikan sokongan pada pusingan akan datang dan jadikan kejohanan MSS ini sebagai satu platform tertinggi yang ulung bagi sukan permotoran tempatan.

Oleh itu, teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mengikuti perkembangan lanjut tentang sukan permotoran ataupun industri automotif tempatan dan antarabangsa. Sila LIKE laman FACEBOOK kami dan jangan lupa untuk SUBSCRIBE kepada laman YOUTUBE kami.