Kami kini sudah kembali, selepas satu bulan berehat untuk persediaan musim baru rancangan Malaysian Riders TV untuk tahun 2013 ini. Seperti yang sudah kami war-warkan sebelum ini, rancangan dalam Malaysian Riders kini akan mengambil format berepisod supaya rancangan kami lebih tersusun untuk anda semua. Jadi, bagi episod pertama musim 2013 ini; kami persembahkan sebuah filem ulasan dari Nazrin (Managing Director) untuk jentera Honda PCX.
Episod pertama ini telah disiapkan produksinya pada akhir tahun 2012 dan ia telah disimpan untuk menjadi bahan baru bagi musim 2013. Pihak kami telah banyak melakukan penyelidikan dan latihan bagi melancarkan lagi setiap filem yang kami hasilkan bagi membantu penonton kami memahami dengan lebih baik setiap filem review kami. Kami berharap sokongan dari setiap penonton semua untuk terus bersama kami dan memberikan kami ruang dan peluang untuk terus berkembang.
Honda PCX merupakan jentera yang dibawa oleh pihak Boon Siew Honda bagi diperkenalkan kepada pengguna tempatan dengan segmen skuter yang mampu memberikan kepuasan menunggang dan menjimatkan kos pengunaan dengan ketahanan jentera dari Honda ini. Apapun, tonton dan lihat sendiri kebolehan jentera ini dan jangan lupa untuk kongsikan filem review pertama untuk tahun 2013 ini kepada rakan-rakan atau keluarga anda.
Teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan sila LIKE laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE kepada YOUTUBE CHANNEL kami untuk terus dapatkan kemaskini yang terkini dari kami.



Leave a reply to Steven Kok Cancel reply