Litar Lumba di Malaysia

image credited to MOTOGP.com

Baru-baru ini, sebuah laman informasi motosikal dari negara Great Britain “Visor Down” telah mengeluarkan satu artikel yang membincangkan tentang isu jalan berlopak yang semakin teruk di negara tersebut. Isu yang diperkatakan itu semakin menjadi bualan dalam kalangan pengguna jalan raya disana dan ia dikatakan menerima peningkatan aduan sebanyak 10% sejak tahun lepas.

Disana isu lopak dan disini isu yang sama juga turut berlaku, namun mungkin rakyat Malaysia sudah biasa dengan lopak dan rekahan jalan yang ada sehinggakan kita sudah menyesuaikan cara pemanduan kita disini. Tetapi bukan ini yang ingin disentuh oleh pihak kami dalam artikel kali ini. Disini kami ingin menyentuh tentang isu litar lumba yang sebenarnya merupakan sebuah isu yang agak besar jika diambil kira dengan apa yang berlaku disekeliling kita buat masa ini.

Sekitar tahun 60-an, negara Malaysia sudahpun mempunyai sebuah litar lumba yang cukup baik untuk mengendalikan perlumbaan berprestij pada waktu itu. Litar yang diperkatakan ini adalah tidak lain tidak bukan, litar Shah Alam atau lebih dikenali sebagai litar batu tiga. Tahun demi tahun, kejayaan pembukaan litar tersebut menarik minat banyak perlumbaan berprestij seperti Formula Pacific, Formula 2, World SBK Championship dan juga Motorcycle Grand Prix. Penulis sendiri masih belum lahir pada pembukaan litar ini dan masih lagi kanak-kanak sewaktu kemuncak litar ini.

Kemudian kita ada Litar Johor Pasir Gudang yang turut menjadi hos untuk perlumbaan berprestij sepert World SBK dan ia masih sehingga kini digunakan dan masih dalam keadaan yang baik. Dibuka pada tahun 1986, ia menjadi tumpuan oleh peminat sukan permotoran khususnya dari selatan tanah air. Malaysia pada era 80-an ini seakan-akan sedang meningkat dalam dunia permotoran dan ia tidak mustahil akan mengangkat sukan permotoran tanah air ke sebuah tahap yang lebih tinggi dan lebih baik.

Pada tahun 1999, litar yang dibina dalam tempoh 2 tahun itu bakal menjanjikan peningkatan kepada industri sukan permotoran tanah air. Untuk tempoh beberapa tahun ia semuanya nampak begitu baik, namun ia kemudian didatangi oleh satu keputusan yang dibuat oleh pihak tertentu yang mana ia bukan membantu membangunkan sukan permotoran. Malah ia mendatangkan impak negatif kepada peminat sukan permotoran negara.

Apa yang berlaku? 2003, tahun yang menjadi permulaan isu kepada penulisan artikel ini. Litar Shah Alam dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek perumahan mewah. Sungguh mengecewakan dan menyedihkan, ini bermaksud Malaysia bukan membuat pembanggunan positif untuk sukan permotoran, tetapi sebaliknya mengundur setapak kebelakang. Pelbagai bantahan sudah dilakukan, namun ia tidak mengubah apa-apa dan kini rakyat Malaysia khususnya peminat dan penggiat sukan permotoran semakin berkurangan pilihan untuk kegiatan perlumbaan ditempat yang betul.

Tidak dinafikan, memang gejala lumba haram sudah bertapak sebelum kita kehilangan litar Shah Alam. Namun, perlu diingatkan bahawa kini dan dahulu adalah situasi yang berbeza. Gejala lumba haram dan mat rempit kini memasuki fasa yang kritikal, penulis sendiri pernah melarang dan menegur anggota mat rempit supaya tidak melakukan aktiviti tersebut. Tetapi mereka sendiri memberi alasan dimana tiada tempat lain yang mereka boleh gunakan selain di jalan raya.

Memang ada kebenaran denagn apa yang dikatakan oleh ahli mat rempit itu dan kami dari pihak Malaysian Riders sendiri sedar akan situasi ini. Namun ia tidak kami jadikan alasan untuk melakukan aktiviti merbahaya begitu diatas jalan raya yang dikongsi dengan pengguna lain. Kami juga faham setiap individu mempunyai pandangan tersendiri dan sekiranya ia diperdebatkan selama manapun ia tetap akan kembali kepada pokok ceritanya. Iaitu, isu kekurangan litar lumba berskala sederhana dan berpatutan yang ada di Malaysia.

Tidak perlu lagi dipanjangkan cerita, semua pihak pasti sedar akan permasalahan ini dan kami yakin pasti ada yang tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Apapun yang berlaku, pihak Malaysian Riders akan terus memberikan input dan sokongan terhadap sukan permotoran negara dan juga industri motosikal di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s