
Dalam sebuah majlis pelancaran di India baru-baru ini, syarikat pembuat motosikal Honda telah melancarkan sebuah motosikal yang merupakan motosikal paling murah yang ada didalam senarai motosikal didalam Honda itu sendiri. Motosikal yang dinamakan Honda Dream Yugo ini direka dan hanya akan dikeluarkan di India sahaja. Ini menunjukkan bagaimana Honda memandang pasaran di India sebagai pasaran yang cukup besar dan beruntung untuk dimenangi.
Honda membuat sasaran untuk mengukuhkan kehadiran mereka didalam pasaran India dengan menjual lebih banyak motosikal disana. Dengan pelancaran jentera ini, Honda yakin dapat menjual sekurang-kurangnya 300,000 buah motosikal ini dalam tempoh sehingga hujung tahun ini.
Jentera ini boleh dikatan tidak jauh beza dengan apa yang ada di Malaysia iaitu Honda EX5 yang juga mempunyai konsep yang ringkas untuk dijadikan sebagai bahan pengangkutan yang mampu dimiliki dan mudah dijaga. Honda Dream Yugo ini akan dijual dengan harga lebih kurang RM2,557 dan ini membuatkan kami terfikir dengan motosikal keluaran tempatan iaitu Modenas MR1 yang beharga RM2,948 mungkin boleh menjadi pesaing di pasaran India.




Leave a reply to apez Cancel reply