Honda Dream Yugo (kanan)

Dalam sebuah majlis pelancaran di India baru-baru ini, syarikat pembuat motosikal Honda telah melancarkan sebuah motosikal yang merupakan motosikal paling murah yang ada didalam senarai motosikal didalam Honda itu sendiri. Motosikal yang dinamakan Honda Dream Yugo ini direka dan hanya akan dikeluarkan di India sahaja. Ini menunjukkan bagaimana Honda memandang pasaran di India sebagai pasaran yang cukup besar dan beruntung untuk dimenangi.

Honda membuat sasaran untuk mengukuhkan kehadiran mereka didalam pasaran India dengan menjual lebih banyak motosikal disana. Dengan pelancaran jentera ini, Honda yakin dapat menjual sekurang-kurangnya 300,000 buah motosikal ini dalam tempoh sehingga hujung tahun ini.

Jentera ini boleh dikatan tidak jauh beza dengan apa yang ada di Malaysia iaitu Honda EX5 yang juga mempunyai konsep yang ringkas untuk dijadikan sebagai bahan pengangkutan yang mampu dimiliki dan mudah dijaga. Honda Dream Yugo ini akan dijual dengan harga lebih kurang RM2,557 dan ini membuatkan kami terfikir dengan motosikal keluaran tempatan iaitu Modenas MR1 yang beharga RM2,948 mungkin boleh menjadi pesaing di pasaran India.

4 responses to “Honda Paling Murah”

  1. ansarida Avatar
    ansarida

    Modenas 2,948 tapi moto cub bang…. moto nieh tank kat depan dah mcm FZ… camne nak lawan rega camni??? Ex5 kat malaysia pong dah rm3500 lebih…. kalau hoda yugo nieh lagi lah mahal.. silap2 sama harga dgn LC

    1. malaysianriders Avatar

      Honda Yugo ni hanya untuk pasaran India, ikut dari harga pembuatan dan RnD. Memang dia paling murah dari line-up Honda. Jadi kalau dia masuk Malaysia dengan TAX sedia ada harganya mungkin lebih kurang dengan EX5

  2. Yamaha is Cheaper? | Malaysian Riders Avatar

    […] desk, immediately we think of this as an act by Yamaha to compete against Honda recent launch of Honda Dream Yugo back in […]

  3. apez Avatar
    apez

    x de disc break… mmg betol la kalu masuk malaysia arga lebih sikit dari ex5 tapi malaysia x minat moto jenis ada TANK dorang kbnyakan nye suka kan cub sb tu BOON SIEW x pasarkan moto jenis TANK depan… sb x laku.. sgt

Leave a reply to ansarida Cancel reply

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger