Berkenaan insiden dalam perlumbaan MSBK di Sepang baru-baru ini. Seorang pelumba yang mengalami masalah brake sewaktu menghampiri selekoh pertama dan tindak balas beliau telah mengakibatkan seorang pelumba lain dilanggar dan terjatuh. Apa yang berlaku pada waktu itu terjadi dalam keadaan yang pantas kerana jentera yang bermasalah itu lewat untuk perlahan dek kerana masalah brek seperti yang dikatakan.
Namun begitu banyak pihak yang mengambil bahagian dalam mengecam sesebuah pihak atas insiden yang berlaku. Di sini kami berpendapat insiden seperti ini mungkin akan terjadi lagi dan melalui video LIVE oleh Sepang Circuit, terdapat beberapa lagi pelumba lain yang menunggang dengan berbahaya atas dasar kurang skill yang diperlukan. Kesilapan utama disini adalah dari “kenyataan” yang dikeluarkan oleh pelumba terbabit yang jelas menunjukkan ceteknya pemahaman beliau tentang pentingnya penggunaan bahasa yang betul.
Dimaklumlan pelumba tersebut telah bertemu dengan mangsa keadaan dan memohon maaf secara peribadi. Namun begitu, berikutan pengeluarab kenyataan yang tidak begitu menjaga sensitiviti insiden; beliau telah menjatuhkan kredibiliti beliau sendiri kepada komuniti peminat sukan permotoran dua roda. Disini, kami ingin menekankan bahawa insiden sebegini boleh terjadi lagi pabila melihat kualiti sesetengah penunggang didalam acara MSBK.
Selain dari itu, kami juga ingin memberi pendapat bahawa kita sebagai penggiat sukan permotoran harus mempelajari sedikit ilmu pertuturan dan percakapan walaupun dalam bentuk penulisan; agar situasi yang kelam dan negatif seperti yang berlaku sekarang dapat dikurangkan. Amat memilukan lagi pabila terdapat portal permotoran media sosial tempatan yang mengambil bahagian dalam menyemarakkan sentimen negatif dalam isu ini.
Pihak media alternatif, walau sekecil atau sebesar mana pun saiznya; boleh memainkan peranan lebih positif dalam perkara sebegini. Ini boleh menjadi contoh buat orang ramai dan khususnya pihak yang berkepentingan agar menjaga keharmonian dalam mengendali sesuatu isu.